Friday, April 30, 2010

WASIAT DARI SAKURA

Beberapa minit yang lalu tengah comei blogwalking. Rumah comei diterjah oleh sakura. wah sakura nak bagi wasiat kat comei la. Dengan hati terbuka comei terima. jom tengok wasiat ape yang sakura bagi...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

NI HAAA.. moo sekor =)



1. Thank & link the person that gave you the cow


2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active


ok comei dah pilih 7 (korang fikirla sendiri korang ni active ke tak ye)

*miss mirror

*umilisya

*hafizisdah

* mama miraki

*mummy gee

* khai

*ain


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...

"WAHAI ORANG KAMPUNG SEPENING LALAT SILALAH BELA LEMBU INI...NANTI KITA BOLEH JUAL DAN JADI ORANG KAYA ...DUITNYER BOLEH SEDEKAH.. ;)"


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

* layan karenah khaira

* makan

* pot pet dengan sesiapa je yg ada kat sebelah


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

* semua yg comei makan tak ada yang pelik..kalau pelik takut nak makan


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

* berapa ntah...korang tengok la sendiri


7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???

* panjang ceritanya...7 hari 7 malam cerita pun tak habis



ok comei nak pergi bagi moo makan

CUCI MATA LAGI

Hari ni comei pergi cuci mata lagi kat KLCC...

Sebenarnya comei ada tujuan nak pergi tu...nak tau apa tujuan comei..jom kita layan gambar ye..



pas masuk yg comei ambik semalam tak pulang lagi....boleh tak kalau comei bagi alasan lupa... hahahahaha.... tak la comei tipu je...sebenarnya memang sengaja tak pulang pun sebab hari ni nak pergi lagi... malas pulak nak pergi tingkat 3 ambik pas sebab exhibition kat tingakat 1.... eh...hari ni comei dah pulangkan tau sebelum balik... tak kan nak buat harta pulak...

ni string curtain..satu set RM100...cantik & comei minat tapi...

curtain lagi...

cantik kan...bila la rumah comei nak pasang ye...kalau beli kat sini harga kolam je dikira..yg lain2 tu dibagi free...kos dalam RM5 ribu lebih...

ni la jakuzi yg comei kata swimming pool tu....saje je kata swimming pool... hahahaha......ni la yg comei kata yg kecil & harganya RM40k...bolehla untuk 2 orang. ada berani nak beli??????

oleh kerana ada benda yg comei nak beli semalam & duit pulak tak ada..maka hari ini comei pergila semula untuk beli barang tu...
hahahaha...malam tadi comei pujuk2 MrL supaya bagi duit...cehhh haremmm dia nak bagi...last2 terpaksala comei pecahkan tabung..muahahahaha... lebih kurang macam ni la tabung tu.. boley..

ni la yang comei beli....curtain biasa-biasa & murah je..nak beli yg mahal tak mampu pulak..

Thursday, April 29, 2010

CUCI MATA....

Masa lunch tadi comei pergi cuci mata kat kl convention center...ada exhibition...homedec..

ikutkan malas nak pergi, orang ramaila..lemas rasanya.....tapi member opis dah ajak, pergila jugak...

malas nak cerita panjang...layan gambar je la..


kena pergi tingkat 3 dulu ambik pas baru boleh masuk....


teka sendirila benda alah apa ni...rumah moden boleh gunala....


ni comei hadiahkan untuk MM sebab MM rajin main masak-masak...hadiah gambar je la...

lampu...kat gambar ni tak nampak cantik..tengok kat sana memang cantik...

swimming pool...hehehehehe...boleh letak dlm bilik tidur ni...kalau yg saiz kecil harganya RM40,000 Yang saiz ni tak berani pulak nak tanya berapa harganya..
comei tak beli apa pun.....dah nama pun cuci mata je kan....jadi cuci je la mata tu dengan air dari swimming pool tu...boley.....

Wednesday, April 28, 2010

HARI INI

lunch tadi comei keluar, konon-konon nak ambik la barang yang comei order semalam..
sebab salesman tu kata tengahari ni barang dah sampai....

Alamak barang tu belum sampai lagi la...budak kat situ kata dalam pulul dua baru ada...
Ahhh...dah alang-alang keluar pergi la foodcourt, tengok-tengok kalau ada makanan yg best..

wow.... tengok ikan ni macam dah memanggil-manggil je...tu yg tangkap seekor.......comei panggil ikan ni ikan kerisi..sedap ikan ni tapi dah lama tak beli, sebab malas nak buang sisiknya yg banyak... harganya RM3.00..ok tak....

Eh..tak kan la comei makan ikan je kan....tentu la makan dengan nasi...gambar nasi & sayur tak payah la letak kat sini sebab comei bontrot.......siapa tak faham maknanya kena cari kamus jawa ye....

sampai je opis salesman call pulak dah...."akak barang yg akak order dah sampai". aduhhhh...malasnya nak turun lagi....terpaksa jugak turun...nasibla dlm bangunan yg sama....



Ini la barang yg comei order....comei order 2 kotak tapi dapat satu je...stok tak ada katanya.. bolehla 1 kotak pun boleh guna 3 bulan... Sebenarnya comei boleh je beli kat klcc tu, tapi malas nak berasak2..ramai orang la..lemas...

Tuesday, April 27, 2010

HOBI LAMA

Dah lama betul comei tak baca novel apatah lagi membeli....rasa-rasanya makan tahun la jugak...
Sejak ada khaira macam tak ada masa je nak baca novel....
tapi semalam petang tiba-tiba je teringin sangat nak cari novel...hobi masa zaman remaja ni

Ni la novel yang comei beli kat kinokuniya klcc...harganya berapa ye..lupala...dlm lebih kurang RM25 kot...Tak tau la best ke tak....tapi persoalan yg utama ialah "ada masa ke comei nak baca"......ok kot kalau comei baca masa pergi & balik kerja...dalan tren le....

AWARD KE DUA


amboi MM, terima kasih la sebab bagi comei award.... masalahnya CANTIK ke....
Eh...tak ada sesiapa nak bagi award blog paling comei pada comei ke...????

PERJALANAN BALIK KE KL

eh nak buat entry pasal khaira lagi ke????

nanti orang jemu pulak nak baca & tengok....

tak pe la ini last entry pasal khaira untuk minggu ini...hehehehehehe...

dlm perjalanan balik ke KL tu khaira asyik cakap nak makan ayam je....bila comei kata tak ada duit nak beli ayam, terus dia keluarkan duit yang makcik2 dia bagi masa kat kampung...banyak jugak la dia dapat..dah macam hari raya pulak...

jadi sebelum sampai rumah kita orang singgah dulu di mcdonal kat tepi higway nkve tu...ala mcdonal kat petronas antara damansara/subang tu le...

suka betul khaira dapat makan ayam kat mcdonal....


antara aksi-aksi khaira bila comei ambik gambar dia...

comei & MrL minum kopi panas je sambil tengok budak ni makan..

hai acik cemua...jom mamam ayam...emmmm..cedap tau...

Monday, April 26, 2010

BALIK KAMPUNG-PERJALANAN...

Sebenarnya comei tak terus balik ke kampung, oleh kerana sampai di BP dah pukul 12 tgh malam, jadi comei tidur di rumah SIL di Sri Gading. rumah emak di kampung pun tak ada orang....kosong saja sbb emak pun dah tinggal di KL...Lagi pun pagi2 keesokan harinya MrL ada urusan di Bandar BP...hari ke dua di BP baru comei balik kampung....

Sempat lagi tukar tayar kereta kat BP..mahal ke murah..entah la...lebih kurang je kot...

khaira dah penat sangat..sementara tunggu ayah tukar tayar kereta, baring dulu kat pangku mama....heeeee tak malunya apa kat mulut tu...

ni kilang biskut Munchy's...cantik kilang ni....

nak pergi mana ni ye....emmmm...oleh kerana comei ni duduk kat belakang..jadi gambar2 pun tak clear sangat

Yong Peng terus........Sri Medan ke kiri.......mana nak di tuju ye...belok kirila..... Yehaaaa...dah sampai Sri Medan....

masjid Sri Medan....kenangan di mana comei & MrL disatukan pada 23 Dec 2006. cuaca agak mendung, sampai Sri Medan je hujan turun dengan lebatnya...menyambut kedatangan comei....hujan rahmat...

Best sangat dapat balik kampung...cuma yang tak bestnya tak ada air paip sebab kena bercatu..jadi terpaksa la berjimat air......cuaca pun panas sangat....

BALIK KAMPUNG - JALAN-JALAN CARI MAKAN

wah lama betul comei tak jenguk blog ni.....4 hari tak update...sebenarnya comei balik kampung...
Lama betul tak balik...lebih kurang 6 bulan (sejak aidilfitri tahun lepas) jadi kali ni bercuti lama sikit...lagi pun MrL ada urusan keluarga yg perlu diselesaikan...

Comei ni kalau balik BP tempat yg pertama di tuju adalah kedai makan...pehhhh..memang best giler..tak ada tempat yg paling sedap kat dunia ni melainkan makanan kat BP tu...cewah promosi ni... murah pulak tu....ya betul..... tak percaya tanya MM.... sebab tu MM ni tiap minggu balik kampung...

ni cendol cawan...harganya RM1.50...

cendul biasa...RM1.00

ABC...ni kegemaran comei...order 1 mangkuk untuk comei...tapi khaira yg makan...habis pulak tu dia makan..harga RM1.00

tengok...ayah dia nak pun dia tak bagi...

ni lagi satu wajib comei makan bila balik BP....soto ayam...pehhhhh..mertua lalu pun dah tak nampak dah...harga RM3.00


cuba teka ini apa.....haaaa..ni la pisang goreng yg dipotong2. cara makannya..pisang tu dicecah dengan kuah sambal kicap kacang...specialkan...sambal kicap tu dicampur dgn kacang goreng yg dah ditumbuk..pehhhh..terangkat...


ni kacang tumbuk.....masa kecik2 dulu comei suka sangat makan...sedap..

Sebenarnya banyak lagi yg comei makan sepanjang 3 hari 3 malam kat kampung tu seperti rojak kuih, nasi ayam & satay sahlan...tapi comei tak sempat nak ambil gambar..biasala mulut asyik pot pet dengan saudara mara.....lupa nak ambik gambar......nampak gayanya balik KL ni kena puasala comei...kalau tak bertambah comei la comei ni...

Tuesday, April 20, 2010

BAJU RAYA

comei nak tanya korang dah beli baju raya tak?

Apa???? belum????

awal lagi????

memang la awal lagi, sekarang pun baru pertengahan April...

cuba korang kira, berapa hari lagi kita puasa. Kita akan puasa pada 11 August. ini bermakna lebih kurang 4 bulan lagi....

Kalau dah masuk bulan puasa tentu tailor dah tak nak ambik tempahan lagi...lainla kalau kita sendiri yang buat baju tu kan..

Ada tailor yang ramai pelanggan 2-3 bulan nak puasa dah tak nak ambik tempahan.

Jadi sebab tu la comei nak bagi peringatan, beli la awal sikit lepas tu hantar...ambik dah nak raya pun ok kan...

cantik baju2 ni...kalau la comei boleh pakai...hehehehehe...ye la comei ni kan comei...
memang ada orang yang nak beli last minit. beli yang dah siap je. kadang-kadang tu malam raya baru nak beli...ada offer gitu, beli satu percuma satu..hehehehehe..ye ke? sowi kalau silap sebab comei tak ada pengalaman beli baju raya pada malam raya..ye la dah tentu2 malam raya dah ada kat kampung.

ni comei nak cerita pengalaman comei tahun lepas...


**********************

tahun lepas comei beli kain nak buat baju raya agak lambatla...masa tu dah nak puasa, dah tentu2 tailor dah tak terima tempahan lagi...jadi comei belila sepasang, kiranya nak samala baju raya dengan khaira. Comei cadang nak hantar je pada jiran. sebelum beli kain tu comei dah tanya dia berapa meter yg diperlukan untuk comei & khaira...ye la first time buatkan baju kurung khaira. jadi comei pun belila seperti yang dia suruh tu.

MrL pulak awal-awal lagi kata nak beli yg siap je...senang. comei ok je. Ye la masa tu tailor pun dah tak terima tempahankan...

nak jadikan cerita, 3 hari lagi nak raya, comei dapat nota yang ditampal pada pintu yang mengatakan kain tu tak cukup & dia suruh comei cari kain lagi untuk tambah mana yg tak cukup. aduh parah ni...

oleh kerana itula satu-satunya baju baru yang ada..terpaksa jugakla comei mencari kain yg sama..sabar je la..

petang sehari sebelum raya baju kita orang baru siap. jadi malam rayala baru kita orang balik kampung. Korang nak tengok hasilnya.....

terpaksa pakai kain plain....ha tengok MrL baju pun dah tak sama warna dengan kita orang..sebenarnya dah last minit tu MrL kata tak yah beli baju baru untuk dia la..baju yg lepas pun masih elok lagi..jadi tak sedondonla baju raya kita orang tahun tu...
Jadi untuk mengelakkan kejadian ini berlaku tahun ni awal2 lagi comei dah beli kain untuk kami semua yg sama warna dan corak, dah dah hantar pun ke tailor....
eh cerita-cerita pasal baju raya ni..puasa dah ganti ke belum...

Monday, April 19, 2010

KAU DAN AKU

YEHAAAAAAAAAA.....
*******************************

gambar dari google..entah le dari blog Kau & aku kot

Akhirnya tamat sudah cerita ni malam tadi....lega sesangat....lepas ni tak payah la nak gaduh2 berebut chanel tv lagi......

ending cerita, macam ada sambungan je...bagi comei nak sambung pun comei suka tak sambung pun tak apa...kalau sambung lagi bermakna akan ada la yg melalak lagi...hahahahaha...
Itu pun untuk final episod malam tadi comei dah warning MrL awal-awal untuk jangan ganggu comei & waktu siang comei mengalah je bila MrL nak tengok badminton......nasib baik malam tadi khaira tidur awal....lebih kurang 9.00 mlm...... kira ngam la cerita ni mula 9.30 mlm. macam tau-tau je anak mama ni.......

lawakla ending cerita ni semalam...

Ye la, penat-penat je Mila tu berlatih berbulan-bulan untuk konsert tapi last2 panic atas pentas terpaksala akim cover...boleh pulak nyanyi berduet...padahal akim tak pernah berlatih....konon2 la dalam cerita tu...
Tak apala dah namanya cerita melayu...

Ada orang gelak ke yang comei suka cerita ni...tak apala..nak gelak pun...minat manusia ni berbeza-bezakan...yang penting seseorang tu happy cukupla....
eh tapi akim tu kiut & romantikla.....tak pe MrL tak marah le...

Friday, April 16, 2010

KALAU CUN KATAKAN LA CUN...

sunyi sepi betul opis comei minggu ni...
nak2 hari ni.....almaklum boss tak ada seminggu.
itu yg gigih benar comei menghapdet blog ni...

jadi bila dah boring + ngantuk comei pergila pantry nak buat air.

tetiba member comei tegur...(lelaki le)

" eh apasal muka U nampak besar (tembam) " cehhh...... sebenarnya dia tu nak cakap yg comei ni makin cun tapi segan kot...hehehehehe...

alamak apa nak buat ni....dah susah hati ni...

jadi dengan tidak membuang masa, comei pun ambik duit & terus pergi kedai mamak kat bawah & beli....


Ha..ni le yg comei beli....comei memang macam ni..kalau ada sesuatu yg tak kena je mesti nak makan....ok kawan2 semua jom makan keropok...nyum nyum nyum....

KAWAN BAIK SAYA

Tajuk entry macam karangan budak sekolah rendah le pulak.....
*************************************

Budak pramatang dah cerita pasal kawan baik dia, sekarang giliran orang yg dah matang ni pulak nak cerita kisah kawan baik dia ye....

Comei masa sekolah dulu tak ada kawan baik atau pun sahabat....ye la yg dimaksudkan kawan baik tu mestila susah senang bersama, bukan masa senang je dia ada tapi bila susah dia lari

konsep hidup comei senang je, comei kawan dengan semua orang & dia orang pun kawan dengan comei dengan jujurnya...tak percaya? kalau tak, pergi la kat blog rakan hingusan tu...sebab tu comei sayang rakan2 hingusan comei....banyak kenangan dengan dia orang...


macam ni ada gaya kawan baik tak...

************************************************

tapi bila comei dah habis SPM & merantau ke KL ni lain pulak ceritanya...biasala jauh dari keluarga & kampung....

comei kenal kawan baik comei ni masa kita org join satu kelab atau group yg agak famous jugak la sikit masa dulu kat KL ni...kiranya comei ni senior dia la....tak yah la comei ckp group apa, yg penting tak melanggar undang2 negara ya.

Ok comei namakan kawan baik comei ni Ai...

Oleh kerana Ai ni budak baru jadi banyak bendala yg dia perlu tanya dari comei...dari situ kami jadi akrab..kiranya rahsia kau rahsia ku la ni....

masa tu kita orang memang dah ada boy friend...secara kebetulan pulak boy friend comei join group yg sama tapi tidak boy friend Ai. comei tak ada la risau kalau Ai ni nak ambik boy friend comei...ye la sebab dia pun dah ada & dia pun ada cerita yg dia dah nak kahwin..Kiranya comei tak kesahla kalau comei berdating Ai ni ikut & kadang2 masa comei tak ada Ai ni la yg temankan boy friend comei. Percaya punya pasal.....

Biasala orang bercinta ni mana ada yg manis je..mesti ada gaduh-gaduhkan..kira asam garamla. comei pun tak lepas dari merasai itu semua...satu hari tu agak teruk jugak la perkelahian comei dgn boy friend comei tu.

Jadi biasala kalau kita ada kawan baik mestila kita ni akan bercerita masalah kita ye tak..

tup-tup 2-3 hari lepas tu comei nampak si Ai ni naik motor dengan boy friend comei siap peluk2 lagi.....bila dia ternampak comei makin teruk dia tayang....makin rapat pulak pelukan dia org...

Apa perasaan korang kalau di situasi yg macam ni...kawan baik ke namanya tu....

Rupa-rupanya bila disiasat tujuan Ai baik dengan comei sebab utamanya dia nakkan boy friend comei tu...Kiranya dia nak korek rahsiala ni.....itula comei tak dengar nasihat kawan2 comei yg lain...comei pun tak tau apa jadi dengan boy friend dia tu..dah putus kot sebab dah dapat boy friend comei...

korang bayangkan kita orang ni satu group & tiap hari comei nampak dia org berdua ni berkepit..sakitnya hati..tapi syukurla kawan2 comei yg lain banyak sabarkan comei....tapi lepas beberapa bulan tu dia orang pun putus jugak....tak ada jodoh....

sejak kejadian tu comei memang tak ada kawan baik...dah serikla...Lagi pun kalau ada & perangai sama macam Ai ni tak pasal2 MrL pulak dikebas...Naye je...

Tapi, sekarang comei ramai kawan & comei rasa itulah yg sebaik2nya, tak terlalu rapat tapi kawan2 comei selalu menghiburkan hati comei....

So korang macam mana? ada tak kawan baik..boleh kongsi2 cerita......




Thursday, April 15, 2010

ORANG YANG RAMAI MUSUH ELOK BERBLOG

bila baca entry dari blog Miss Mirror comei rasa nak gelak pun ada....sorry Miss Mirror sebab comei guna tajuk yang sama ya....

tapi bila fikir2 logik jugak...

macam ni la comei nak betulkan sikit....

comei rasa yang selalu suka skodeng2 blog ni tanpa tinggalkan pesan atau kalau ada pun guna nama Anonymous bukannya musuh tapi mungkin X girl/boy kita dulu2 kot...

hahahaha bak kata MM le pagi dia skodeng, tengahari skodeng, petang skodeng & malam sebelum tidur pun skodeng..ya la nak tau bekas kekasih punya aktiviti...

Cuba korang bayangkan kalau seseorang tu ada 10 org X boy/girl ke....pehhh....tak naik ke kita punya traffic...kiranya dah tentu2 ada 10 orang yang pasti akan bukak blog kita tiap hari...

Ala MM...kalau dulu boleh sayang2, I lap U, U lap I tak kan sekarang nak anggap musuh pulak....

kalau musuh macam dalam gambar ni le...eh...masa comei peknenkan khaira MrL suka tengok cerita ni tau..

* pada teman2 baru comei di alam maya ni terima kasih comei ucapkan kerana sudi membaca & melepak di rumah yg tak seberapa ini.....comei rasa terhibur bila ada juga teman2 yg sudi memberi komen2....insyaallah ada masa comei juga akan berkunjung ke rumah kalian....yg pasti comei sayang..kat korang...

Wednesday, April 14, 2010

AKU YANG SUKA BERANGAN

hari ni comei nak cerita lagi kisah comei masa zaman berhingus dulu...
kalau ingat2 memang gelihati..biasala budak2...

Dulu2 comei ni memang kuat berangan...macam2 yg comei angankan..contohnya macam entry yg sebelum ni la...eh sekarang tak kuat berangan lagi ke? hahahahaha.. MrL je yang tau...

Pehhh...yg lebih membanggakan comei....semua anak2 buah comei yg perempuan termasukla anak comei semua mengikut jejak langkah comei....mak2 dia orang kalau marah anak2 mesti kata macam ni la lebih kurang...

"EH KORANG NI ASYIK BERANGAN JE...NI IKUT PERANGAI ACIK LA NI"
mestila comei bangga sebab anak2 dia tu ikut jejak comei bukan jejak langkah mak dia....kiranya ada la yg mewarisi....muahahahaha..jgn mare ye kakak2 ku semua...
Ala sebenarnya bukan apa, masa sekolah dulu comei ni kira aktive la...
macam2 pertandingan comei masuk contohnya bahas, sajak, syair, nasyid dan yg sewaktu dgnnya...
jadi comei ni selalu la buat2 aksi2 yg anih2 kat depan cermin atau kat mana2 je untuk buat latihan...
tempat yang paling best sekali nak berlatih adalah kat kebun getah....sebab form 1-2 comei sekolah sessi petang, jadi pagi comei tolong mak motong getah dulu...anak yg baik ni....
lebih kurang macam ni la kebun getah tu tapi yg ni versi bersih..kebun comei dulu semak...
kat kebun getah ni la dulu comei berlatih.. ye la nak berlatih kat rumah tak sempat sbb balik motong getah mandi & bersiap nak pergi sekolah pulak...petang pertandingan dah diadakan..

tapi ok gak berlatih kat sini sbb dah tentu2 ada penonton...silap2 ada kritikan lagi..ala2 macam AF gitu...siapa yg tonton & yg kritik...hahahahaha...

Monyet2, lotong2, nyamuk2 dan yg sewaktu dgnnya....siap tepuk2 tangan lagi..best kot persembahan comei tu.....

macam manala mak comei tak marah...kalau dah berangan je dah tentu2 buat kerja tak siap..nanti mak mesti jerit.."Nin...Cepatla".......itu dulula....


sekarang ni mana ada kebun getah lagi...entah2 anak2 pun dah tak kenal pokok getah sedihkan...sekarang kampung comei rata2 dia org tanam sawit...itupun semua diupahkan kat org luar untuk menjaganya...ermmm...zaman dah berubah.....

*gambar diambil dari pakcik google je..

Tuesday, April 13, 2010

CABUTAN BERTUAH VERSI TAK ADA PERASAAN


Ha kalau korang free jom la join cabutan bertuah ni..manala tau kot2 bertuah...rezki siapa tau kan..

kalau nak tau syarat-syaratnya klik je banner kat atas ni atau pun yg ada kat side bar tu ye..

tarikh tutup 2 mei...

selamat mencuba....

IMPIAN....

Ada tak manusia yg tidak ada impian...tentu semua adakan...kalau tak ada...entahlah...

teringat comei masa dulu2 masa zaman berhingus lagi...

comei dengan impian comei...

impian comei tu entahla kelakar ke tak...tak kot...

nak buat rumah ala2 banglo kat tepian pantai..tiap pagi buka tingkap je dah nampak laut..pehhhh.. bila2 masa je boleh terjun laut...lumban...(eh ni bahasa jawa ye) ala lebih kurang mcm kerbau yg berendam kat air tu le...hehehehehehe...

tapi bila dah dewasa ni takut pulak nak beli atau buat rumah kat tepi pantai.... takut tsunami...hehehehehe...tapi yg sebenarnya comei ni mabuk laut...kalau lebih dari 15 minit je mandi laut menjawabla..akan peningla kepala ni & muntah2....

kalau tak dpt rumah tepi pantai comei nak bina rumah atas bukit...pehhhh..buka tingkap je sejuk mata memandang..nyaman je...tapi kat kampung comei biasanya yg kat atas bukit ni cuma kubur je ...hehehehehe...
Tapi bila dah dewasa ni takut pulak comei nak beli atau bina rumah atas bukit... kalau musim hujan...tanah runtuh la pulak...lagi pun comei ni bukan boleh pergi tempat2 tinggi...gayat....ada kenangan tu pergi Menara KL asyik berulang je ke tandas sbb..opss...rahsia...

comei ni suka kereta yg ala2 sport..tak kesah le kereta jenis apa pun...tapi kalau dapat yg ini, best giler.....pehhh...dasat kalau dpt memandu....tapi persoalannya mampu ke....?
Bila dah dewasa ni satria je la yg mampu comei beli..anggap je la itu kereta sport....itu pun bila dah berkeluarga comei terpaksa tukar walaupun sedih bagai nak rak.....terpaksa korbankan....huhuhuhuhu...
tapi walau bagaimana pun comei bersyukur atas rezki & kurniaan yg ALLAH bagi pada comei...walaupun tak kaya tapi masih lagi hidup selesa walaupun rumah bukanlah banglo & kereta hanya buatan tempatan...
* gambar2 diambil dari pakcik google...

Monday, April 12, 2010

APA NAK JADI

Ya Allah, apa nak jadi sekarang ni ye...

Orang yg buat kerja ni tak ada hati dan perasaan ke...

kalau comei jumpa org yg lakukan benda2 ni, nak je comei ckp kat dia " ooo masa buat projek seronok tapi bila dpt hasilnya boleh pulak buang2.

boleh tak comei katakan perbuatan dia org ni lebih teruk dari binatang, sebab binatang pun tau sayang anak...

Betul...

sebab 2 minggu lepas ada la kucing sesat dah beranak kat dalam rak kasut kat rumah comei tu, punya la terkejutnya comei...

bila comei jenguk je punyala marah ibu kucing tu, rasanya ibu kucing tu ingat comei nak ambik anaknya kot...nak diterkamnya comei, nasib baik khaira tak ada masa tu, takut je kalau khaira mengacau kucing tu sbb khaira mmg pantang tgk kucing habis digomolnya...

YA ALLAH......mintak dijauhkan la perkara2 ni terjadi dlm famili comei....

JIWA KACAU

pagi2 lagi boss comei dah buat hal...(eh bukan aku ke yg buat hal...hehehehe)

mana tak geramnya...

pagi2 dia sampai je terus mintak fail tahun 1988...

pehhhh..jenuh nak cari...

dah seminggu comei cari fail tu tau...entah wujud lagi ke tak..sebab masa tu pun comei masih sekolah lagi...

yang buat comei geram tu semua data2 dah tersimpan dalam sistem..jadi kalau fail tu dah tak ada tak kesah la kan sbb boleh semak dalam tu je....ni sebok2 pulak nak fail yg entah mana perginya....

macam ni la keadaan comei sekarang...dah rentung ni

Friday, April 9, 2010

AKADEMI FANTASIA LAGI

esok konsert AF 8 yg ke 4

alamak orang yg comei suka dah keluar la pulak..ni kes tak mengundi la ni
ala...tahap kesukaan comei tak macam tahap comei suka budak2 yg dulu le..tu sbb tak mengundi...sayang duit oi....

dah la musim kali ni lambat sangat nak panas...tak de mood le nak tgk, baik comei tidor je...ya ke? boleh caya ke? betul sebab pukul 9.30 mlm sure khaira akan off tv..."mama jom babam"




Miss Mirror ko terkejut tak? ya la selalu aku kan suka yg jambu2 je, tapi tahun ni citarasa aku berubah la pulak..opsss....jgn fikir yg lain pulak hokey.....agaknya usia dah meningkat tu yg citarasa pun berubah kot....(ayat utk bela diri)

tapi biasanya orang yg comei pilih akan popular..kita tunggu & lihat ok...sbb dengar2 ceritanya budak ni dah rakamkan single selepas dia terkeluar...minggu depan akan keluar kat corong2 radio...kita dengar sama2 ya...lepas tu baru boleh komen.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails