Thursday, May 20, 2010

CERITA KOC WANITA LAGI

Oleh kerana ada banyak pertanyaan mengenai koc wanita ni maka comei cadangkan anda membaca artikal di bawah yg comei copy & paste dari website KTMB.


27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.

Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)
- Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)
- Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.

untuk selanjutnya anda boleh klik link yg comei berikan di bawah ini ya....

SOALAN-SOALAN LAZIM

FACEBOOK

Tuesday, May 18, 2010

KOC WANITA

Bagi pengguna-pengguna tren komuter pasti sudah tahu akan kewujudan koc wanita ni. Rasanya belum terlambat kalau comei nak bercerita sedikit pasal koc ini...comei cuma nak bercerita pengalaman hari pertama & kedua menaiki koc ini saja. Jumlah koc ada 3 & kedudukan koc wanita adalah yg tengah2...Untuk membezakan koc wanita ini dengan koc2 yg lain ialah cermin & pintu koc wanita ini akan ditampal sticker seperti di atas.

koc wanita ni telah pun bermula pada 28 April 2010 bagi perjalanan dari Sentul ke Pelabuhan Kelang dan untuk perjalanan dari Rawang ke Seremban baru bermula pada 15 Mei 2010.

Jadi bagi comei yg menjadi pengguna tegar tren komuter ini merasainya dari 17 Mei 2010 iaitu semalam....sebab comei menaiki tren perjalanan Rawang-Seremban...(15 & 16 tak naik sebab cuti hujung minggu ye)

Pagi semalam macam biasa comei naik tren di koc yg pertama..terlupa pulak yg koc wanita telah bermula...masuk2 je di koc yg pertama tu...alamak pasal semua lelaki....eh tak kan ada koc lelaki pulak???? Ooooooo...rupa2nya ramai wanita2 telah berpindah ke koc yg kedua....ok balik kerja nanti comei naik koc wanita la pulak...

Secara kebetulan pulak bila balik kerja biasanya memang comei memang menaiki koc kedua ni (tengah2) sebab ramai geng kat situ...jadi tak ada masalah la untuk masuk koc wanita ni..
ishhh...ada jugak org lelaki yg sesat masuk dalam koc ni, walau pun pengumuman kerap dibuat. nasib baik suara wanita yg mengumumkan tu merdu la jugak kalau tak bingit telinga ni...

Mereka2 yg sesat tu biasanya ABANGLA & BANGDON......mungkin dia org ni tak faham bahasa Melayu atau Inggeris kot sbb pengumuman hanya 2 bahasa saje, bahasa dia org kan tak de.....sticker pulak ada 3 bahasa, melayu,china & india...itu lagi dia org tak faham.... hahahahaha.. tak baik comei ketawakan org kan...

Tapi comei memang respekla kat geng2 pengguna tegar komuter yg berdiri kat pintu tu... pehhh....punyala tegas, sesiapa lelaki yg masuk je terus sound direct, kat setiap stesen tau. maka abangla2 & bangdon2 tu sengeh2la & terus blah.........ye la, kalau nak harap pertugas2 KTM tu sendiri maklum je la kan....

Pagi tadi comei naik koc wanita & ada seorang lagi abangla sesat..dah tegur pun buat tak tau je...bila sampai kat Kepong Central, nahhh kau, ambikkk..ramai giler wanita2 masuk, terus dia keluar sambil sengih2...

Bagi comei bagus la ada koc khas untuk wanita ni.... kalau berhimpit2 pun tak kesah la, dah kaum sejenis. Tapi sebelum ni, aduhai siksa giler, lagi2 kalau berhimpit2 dengan abangla & pak itam, memang dia org ni akan ambik kesempatan meraba2...kalau bergaduh2 dalam tren tu dah tak heranla...siap nak pukul2 lagi...

Tapi harapan comei ialah pihak KTM memperbaiki waktu perjalanan tren, sebab tren selalu sangat tak ada kadang2 sampai dua perjalanan dibatalkan. Bila dibatalkan orang pasti ramai, tak kirala wanita ke lelaki ke masing2 akan bertolak2 untuk masuk & bila dah kat dlm aircond pulak tak ada. Pernah terjadi comei naik kat KL Central, sampai Bank Negara dah keluar sbb aircond tak ada & comei hampir pengsan. Dan disebabkan berhimpit2 jugala maka ada segelintir yg ambil kesempatan utk meraba2 tapi kalau tren tak penuh ok je....

Thursday, May 13, 2010

WIRA NEGARA



Begitu la adatnya...kalau menang jadi la wira negara tapi kalau kalah macam-macam kejian yang dilontarkan...


Apa pun tahniah atas kemenangan pemain Malaysia menentang Denmark 3-2 semalam.

Moga-moga perlawanan esok menentang China akan beroleh kemenangan juga....Aminnnn...



ni dia SUPERHERO Malaysia yg baru...hehehehehe.....jangan le mare wei...comei minat mamat ni le...

Wednesday, May 12, 2010

Tuesday, May 11, 2010

FENOMENA KEAJAIBAN AZAN

masa comei jalan2 di alam maya tadi, comei singgah sebentar di rumah En Tikus...
& comei terbaca pasal FENOMENA KEAJAIBAN AZAN...jadi comei letak jugak kat rumah ni, buat peringatan comei...


ENTRY MERAPU LAGI

Korang pernah tak minum benda ni...eh comei bukan duta produk ni hokey....kot2 sesiapa yg pernah cuba bolehla kongsikan pengalaman dengan comei...

comei bukan le nak slim melim...tapi comei ni ada masalah membuang, kadang2 tu comei simpan stok sampai 1 minggu...bayangkan la kalau dah seminggu sure badan pun dah tak selesa..perut, kepala & sebagainya mula meragam...Ada orang sarankan comei minum/makan sesuatu yg boleh membuang toksik2 dlm badan ni...comei tak ada idea pulak nak makan product apa...kalau ada pun alamak mahal la pulak...mana mampu....jadi semalam comei pergi guardian & beli la product ni...dah try la malam tadi, tapi kesannya.....entahla lambat kot untuk badan comei yg comei ni....

Thursday, May 6, 2010

INIKAH CINTA

oleh kerana hari ni agak membosankan, jadi comei nak berhibur dengan video klip yg comei ni......
ehem...
ala-ala comei yang comei ni kan......
selamat menonton & terhibur.....


Wednesday, May 5, 2010

KURANG SIHAT

3 minggu lepas comei & khaira demam. baik demam batuk la pulak sehinggala hari ini..

khaira dah berbotol2 makan ubat & sekarang comei dah hentikan sebab tak elok kan makan ubat banyak2....

Entah le nak salahkan cuaca yg tak menentu ke atau apa ya...hanya ALLAH saja yg mengetahui...


gambar hiasan dari makcik google

Bila comei kat dlm tren & batuk je semua pandang...macam comei buat kesalahan pulak.....
dia org nak berjaga-jaga..maklum musim H1N1 ni...

nak pakai mask panasla pulak...komuter pulak kadang2 tak ada aircond...boleh pengsan wei kalau pakai mask...ada tak ada bila comei batuk tutup je mulut dengan tisu...
**********************
hari ni bila baca entry dari MM pasal ada seorang kawan blogger kita dah kembali ke rahmatullah...
ishhh...berdegup jantung comei....bukan apa... terkedu & terus berfikir, bila tiba masa comei nanti adakah amalan comei cukup untuk dibawa ke sana????

Monday, May 3, 2010

PELANGI



minggu lepas waktu balik kerja comei nampak pelangi ni...
comei ambil gambar ni dari parking kereta kat komuter station...
gambar tak clear sangat la, maklum comei ambik gambar menggunakan hp cap ayam...
orang tua dulu-dulu kata kalau nampak pelangi jangan sesekali tunjuk dengan jari.
kalau kita tunjuk jugak nanti kudung tangan..betul ke??? dah cuba tapi tak kudung pun....
tak tau la kenapa orang tua-tua tak benarkan...mesti bersebab, comei pun tak tahu alasannya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails