Tuesday, May 18, 2010

KOC WANITA

Bagi pengguna-pengguna tren komuter pasti sudah tahu akan kewujudan koc wanita ni. Rasanya belum terlambat kalau comei nak bercerita sedikit pasal koc ini...comei cuma nak bercerita pengalaman hari pertama & kedua menaiki koc ini saja. Jumlah koc ada 3 & kedudukan koc wanita adalah yg tengah2...Untuk membezakan koc wanita ini dengan koc2 yg lain ialah cermin & pintu koc wanita ini akan ditampal sticker seperti di atas.

koc wanita ni telah pun bermula pada 28 April 2010 bagi perjalanan dari Sentul ke Pelabuhan Kelang dan untuk perjalanan dari Rawang ke Seremban baru bermula pada 15 Mei 2010.

Jadi bagi comei yg menjadi pengguna tegar tren komuter ini merasainya dari 17 Mei 2010 iaitu semalam....sebab comei menaiki tren perjalanan Rawang-Seremban...(15 & 16 tak naik sebab cuti hujung minggu ye)

Pagi semalam macam biasa comei naik tren di koc yg pertama..terlupa pulak yg koc wanita telah bermula...masuk2 je di koc yg pertama tu...alamak pasal semua lelaki....eh tak kan ada koc lelaki pulak???? Ooooooo...rupa2nya ramai wanita2 telah berpindah ke koc yg kedua....ok balik kerja nanti comei naik koc wanita la pulak...

Secara kebetulan pulak bila balik kerja biasanya memang comei memang menaiki koc kedua ni (tengah2) sebab ramai geng kat situ...jadi tak ada masalah la untuk masuk koc wanita ni..
ishhh...ada jugak org lelaki yg sesat masuk dalam koc ni, walau pun pengumuman kerap dibuat. nasib baik suara wanita yg mengumumkan tu merdu la jugak kalau tak bingit telinga ni...

Mereka2 yg sesat tu biasanya ABANGLA & BANGDON......mungkin dia org ni tak faham bahasa Melayu atau Inggeris kot sbb pengumuman hanya 2 bahasa saje, bahasa dia org kan tak de.....sticker pulak ada 3 bahasa, melayu,china & india...itu lagi dia org tak faham.... hahahahaha.. tak baik comei ketawakan org kan...

Tapi comei memang respekla kat geng2 pengguna tegar komuter yg berdiri kat pintu tu... pehhh....punyala tegas, sesiapa lelaki yg masuk je terus sound direct, kat setiap stesen tau. maka abangla2 & bangdon2 tu sengeh2la & terus blah.........ye la, kalau nak harap pertugas2 KTM tu sendiri maklum je la kan....

Pagi tadi comei naik koc wanita & ada seorang lagi abangla sesat..dah tegur pun buat tak tau je...bila sampai kat Kepong Central, nahhh kau, ambikkk..ramai giler wanita2 masuk, terus dia keluar sambil sengih2...

Bagi comei bagus la ada koc khas untuk wanita ni.... kalau berhimpit2 pun tak kesah la, dah kaum sejenis. Tapi sebelum ni, aduhai siksa giler, lagi2 kalau berhimpit2 dengan abangla & pak itam, memang dia org ni akan ambik kesempatan meraba2...kalau bergaduh2 dalam tren tu dah tak heranla...siap nak pukul2 lagi...

Tapi harapan comei ialah pihak KTM memperbaiki waktu perjalanan tren, sebab tren selalu sangat tak ada kadang2 sampai dua perjalanan dibatalkan. Bila dibatalkan orang pasti ramai, tak kirala wanita ke lelaki ke masing2 akan bertolak2 untuk masuk & bila dah kat dlm aircond pulak tak ada. Pernah terjadi comei naik kat KL Central, sampai Bank Negara dah keluar sbb aircond tak ada & comei hampir pengsan. Dan disebabkan berhimpit2 jugala maka ada segelintir yg ambil kesempatan utk meraba2 tapi kalau tren tak penuh ok je....

11 comments:

encik tikus said...

Uishh,setakat nih tak pernah lagi naik ktm,teringin nak tengok koc yang di sediakan tuh macam mane :D

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ooo bagus mcm ni ya... berkonsepkan islamik... pandai jugak sapa yg bagi idea tu...

comeisari said...

En tikus...kalau nak rasa kena pakai baju ppuan le..yg ala2 pink tau....hehehehehe..

MM comei punya idea kot...hahahahaha..marah org KTM

ellis suriyani said...

haishh..apsal ellis x leh nak tglkan jejal kat shoutmix neh...

Mama Miraki said...

comei...hehehe mama ketinggalan kot..tak tau ada koc wanita..heheheh yg sebenarnya..ishhhh malu nak cakap ni....walaupun duduk di KL mama tak pernah naik komuter...heheheheh....LRT STAR aje selalu naik....itupun dulu time ofis kat KL...la ni tak ada lalun LRT kenad rive ler.....apapun baguslah dah ada koc pink tu...heheheh teringin nak naik ler..abis tu kalau naik ngan hubby ngan anak2 kena naik asing2 tak...ke boleh gak naik koc family pulak erk.....

comeisari said...

mama koc wanita tu satu je yg tgh2..yg dpn & belakang koc campur...
jadi kalau yg famili & yg berkapel tu naik koc tu le...

mahira oya said...

x penah naik lg koc tu

baincardin said...

Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

ASaDa RyutaRo said...

hohoho.. ade plak kes xde aircond.. uhh!

eh.. kalau yg berfamily cmna plak? ada sedia gak ea? err..

ke klu yg berfamily boleh naik coach yg xde sticker tu? maksudnya perempuan boleh je nk masuk mana2 coach.camtu ea?

lovelylady said...

cuba tgk2 betoi2 kot dpa pondah ke sbb tu diorg conpius..hehehe..

j0j0_bdiN@ said...

hari tu ade gak naik~
sejak ade koc wanita ni mmg akan sentiasa keja koc tengah sj la~
kadang2 ada jugak lelaki yang naik~
ter kot~
sy rasa perlu hebahan dan iklan yang lebih meluas dekat tv dan radio~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails