Tuesday, June 8, 2010

AKU DAH NAK GILER NI

Pehhh...tajuk entry sungguh menakutkan....
ye betullll.....comei macam dah nak giler ni...Sebab tu macam tak ada mood je nak buat entry baru....
Ada 2 sebab kenapa jadi macam ni..
Masalah Pertama
Masalah kat opis...kerja makan gaji ni biasala selalu je kena bambu.....rasanya otak comei dah tak boleh nak berfungsi lagi ni.......wo dasat banget deh...

tapi comei tak nak cerita kat sini sebab takut ada orang kat opis yg baca...kalau comei nak luahkan perasaan rasanya baik comei tulis kat rumah yg satu lagi..rumah yg khas comei bina untuk meluahkan perasaan.....waduhhhh..

Tapi masalah ni tak adalah sampai menjejaskan minat comei nak berpot pet kat sini..
Masalah Kedua
Ini memang masalah besar...Hanya kerana masalah ni comei terus hilang mood nak buat entry baru walaupun idea berlambak-lambak...cewahhhh
"Ah.... malu dong mau bicara di sini...."
oppsss....
apa hal dialog comei terus bertukar ni ye...
hahahahahaha.......semuanya gara-gara.......
*

*

*

*

*

*

*
*


Jeng Jeng Jeng......


Gambar diambil dari blog yg tertulis kat gambar tu ye..maaf gambar letak sini tanpa kebenaran..terima kasih....

Pehhh....cerita ni la yg membuatkan comei nak jadi giler...bagus banget deh ceritanya... cerita ni versi asalnya dari korea, tapi comei tak pernah tengok versi korea tu, cuma anak2 buah comei je yg bising2 masa tengok cerita korea tu..comei malas nak tengok sebab cerita yg bersiri ni agak sukar untuk comei tengok. kalau dah mula tengok pasti nak tengok sampai habis...

ini lah versi korea tu....

Tapi macam mana ya comei boleh terjebak ke kancah ini...boleh tak kalau comei salahkan Astro??? Muahahahaha...lawak org dah nak giler...Mana taknya setiap kali iklan mesti akan tersiar iklan cerita ni, jadi comei pun teringin jugakla nak tengok best ke? kenapa astro asik ulang tayang iklan ni...pehhh....akhirnya comei pun terjebak jugak untuk menontonnya....

Semasa comei menulis ni baru 12 siri yg ditayangkan & petang ni 6.30pm adalah siri yg ke 13... Tapi comei mana sempat nak tengok yg 6.30pm..jadi comei tengok ulangannya jam 11.00 pm...sanggup ku tunggu..MrL tak tak leh nak kata apa dah...Jadi sesiapa yg nak tengok tu comei bagi jadual waktu ulangannya ye...

Disiarkan setiap hari Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat di astro ria (104)

6.30pm untuk siri baru & ulangan pada jam 11.00 pm, 8.00am & 1pm pada hari yg sama...kalau dah ketinggalan tengok je kat youtube..korang cari je la kat abang google ye....ada 268 klip tapi tak la sampai 200 siri....(klip pendek je)

Korang gelakkan comei macam budak2 ye..tak pe comei tak kesah pun...masalahnya bukan comei je yg giler tengok cerita ni, kakak2 comei yg ada anak remaja pun giler gak...

Eh..comei sebenarnya tak cukup masa nak tulis entry sebab asik kusyuk tengok youtube...muahahahaha....

DIMAS KAMU KOK GANTENG BANGET DEH....

muahahahahaha...aku yg dah nak giler...

Tuesday, June 1, 2010

CUTI PANJANG

Assalamualaikum....

Lamanya comei tak bersiaran...rindu betul....
Lebih kurang 10 hari comei tak bukak blog ni, semalam ada bukak sekejap tapi busy sangat jadi tak sempat nak update & menjengah kawan2...maaf saja yg dapat comei katakan selama 10 hari ni comei tak buat blogwalking...

Oleh kerana comei & famili tak berapa sihat sangat, jadi 21 Mei-24 mei comei ambik cuti untuk berehat saja di rumah..
25 Mei-27 Mei pulak comei bercuti di suatu tempat...
Cuti kat mana ya...
Jom kita layan gambar2 kat bawah...

di sinilah comei dan famili bercuti selama 3 hari 2 malam atas tajaan comei sendiri...Kami sebenarnya terpaksa bercuti di sini disebabkan keadaan Khaira yang tak berapa sihat sangat...

Tujuan asal kami ke sini adalah untuk berjumpa doktor pakar setelah lebih sebulan khaira tak baik2 dari batuk & selsema..

akhirnya doktor terpaksa menahan khaira di sini..nasib hanya 3 hari 2 malam saja...itupun comei rasa macam 3 tahun comei menjadi penghuni kat sini...

kesian khaira..lepas pasang jarum kat tangan & makan ubat terus tertidur..ahhh...sakit betul dada comei bila dengar khaira menjerit2 dalam bilik rawatan masa tangan dicucuk jarum..

tangan khaira yg dah dicucuk jarum untuk masuk ubat...nasib baik khaira tak meragam sangat...cuma menangis bila rawatan dilakukan...

nasib baikla kat sini ada tempat permainan...jadi kat sinilah khaira & comei melepak...kalau ada tetamu yg datang kat sini jugakla kita org lepak sebab khaira tak mahu duduk kat bilik. kita orang ada kat bilik hanya untuk tidur je, hinggakan nurse nak bagi ubat pun terpaksa cari khaira kat tempat ni...aduhhh...penat betul comei layan karenah dia....

tengok sakit2 pun nak main jugak...tapi puting & bear busuk tu tak lekang dari tangan....

ni sebelum kita orang balik. khaira lepak dulu dengan member2 dia kat dlm pondok..ada jamuan perpisahan la kono2nya...muahahahaha...
Apa ye menu utama makanan yg terhidang?????

laaaa.....makan keropok kentang rupa-rupanya...

Syukur Alhamdulillah khaira cuma terkena sedikit jangkitan kuman di paru-parunya & belum lagi diperingkat bahaya...Ujian darah & x-ray juga menunjukkan yg baik-baik je...Sekarang ni khaira dah semakin aktive. harap-harap tak akan ada perkara2 yg menakutkan comei berlaku.. nauzubillah....
terima kasih pada hospital pusrawi, doktor kamaruddin & nurse-nurse yg melayan kami dengan baik & ramah...harap2 lepas ni kita org tak akan menghuni tempat ni lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails