
Wednesday, November 25, 2009
sandel oh sandel
inilah sandel buruk kesayanganku yang menjadi rebutanSebulan yg lalu sandel buruk ni hilang…tak tau la siapa yg ambik…aku sedar kehilangannya waktu pagi nak pergi kerja..bukan tak ada kasut atau sandel lain tapi sandel ni aku dah beli lama, kiranya memang cukup selesa bila memakainya…walaupun dah buruk & tak cantik…harganya murah je…..lebih kurang RM59.90….Dalam masa kehilangan sandel kesayanganku ini, tiap hari aku membebel & tertanya-tanya siapala punya kerja…aku fikir mat gianla yang ambik….laku ke kalau dijual….
Satu minggu kemudian….
Pada waktu pagi, waktu yang sama, nak pergi kerja, biasala aku ni kan…bebel lagi pasal sandel ku itu…tiba-tiba bila aku buka pintu sandel kesayangan ku itu dah ada di depan pintu tersusun cantik siap sedia untuk dipakai…apa lagi menjeritla aku…menggeletar seluruh badan…suami ku tak bagi pakai sebab dia kata kot-kot orang yg ”pinjam” sandel tu ada kurap ke..kan susah kalau menjangkit….tapi dua tiga hari lepas tu aku pakai juga sebab konon-konon rindu banget kat sandel tu…hehehehe…..tak ada la kejadian yg pelik berlaku…
Selepas satu bulan cerita ni berlaku, semalam waktu yang sama juga sandel kesayangan ku hilang lagi…..aku pelikla tapi tak adala bebel-bebel lagi…aku nak tengok ”orang” tu pulangkan ke tak….hahahahahahaha….kan betul pagi tadi waktu aku nak pergi kerja dah dipulangkan….
Pelikkan ”orang” yang ambik tu…kalau mat gian pasti dah dijual atau kalau tak laku sebab dah buruk mesti dah dibuang…tapi ni boleh pulangkan balik…rasa-rasanya ”orang” tu terdesak & tak mampu nak beli jadi ambil keputusan pinjam sekejap pastu pulang balik.....
Subscribe to:
Posts (Atom)