Wednesday, June 30, 2010

HARI MEMBAYAR DENDA SEDUNIA

Wooooo.... minggu lepas comei telah didenda oleh seorang Mem Besar... Ini semua gara-gara comei terbaca blog rahsia dia. Pehhh...dahsyat yg amat denda yg dikenakan kpd comei... tak tau la sama ada comei dpt melangsaikan denda2 tu semua... tapi maaf ye Mem sebab lambat nak bayar denda tu atas kesebokan comei ni... akhir2 ni comei agak busy sikit....


Inilah bentuk denda yg dikenakan kepada comei...

Betul ke nak tau pasal diri comei ni.... kalau nak tau baca tapi kalau tak minat abaikan je entry ni ye... sebab comei nak merapu je kat bwh ni... maklum dah lama tak merapu kat sini....

1. seorang ibu & isteri yg sangat comei. kecomeiannya memang terserlah dari zaman persekolahan lagi.... ahak....

2. bercita-cita nak jadi mem besar mcm MM. Dulu2 berangan nak jadi artis sbb tu rakan2 kashmir gelar comei ni artis.. sekarang ni pun masih perasan mcm artis....

3. suka tengok perlawanan bola sepak tapi 4 tahun sekali je... tengok sebab nak tengok mamat2 yg comei2 je....frust giler semalam portugal kalah...eleh kalah sbb comei tak tengok, kalau comei tengok mesti menang.... konon2 nak tengok tapi tak terbangun pulak jam 2.30 pagi tu.

4. jarang masak kat rumah sebab balik kerja MrL dah masak... comei ni bukan isteri mithali tapi berusaha ke arah itu.....

5. Hujung minggu je comei masak kat rumah tapi selalu je bagi alasan nak pergi situ la sini la & akhirnya makan kat luar je....hahahahaha... pandai tak comei bagi alasan....

6. comei ni nampak je macam queen control tapi sebenarnya memang pun.... hahahahahaha.. sian laki aku....

7. tak kesah kalau org kg labelkan comei ni lupa asal usul sbb dah hampir setahun tak balik kg.. rasa-rasanya nak cukupkan setahun je baru balik... raya ni cukupla setahun.... tapi comei tiap minggu jumpa mak comei ye....

8. di rumah kadang2 berkomunikasi dlm bahasa jawa...khaira pun dah tau ckp jawa sikit2... yg dia tau siji, loro, telor.... hahahahahaha.... bahasa ibunda tak leh buang beb

9. suka berangan.. waktu yg sesuai untuk berangan bila nak pejamkan mata waktu malam.... kalau lah aku.....

10. dah 15 tahun kerja kat tempat sekarang... ahhhh...bosannya....

11. tengah membodek MrL untuk pasang astro kat bilik. Alasannya nak tengok sinatron waktu mlm. Nak tengok sorang2 kat ruang tamu takutttttt... area rumah comei agak keras sikit & dah ramai jiran2 yg nampak..... takutla nak tulis... I LOVE U DIMAS... sape tengok BBC sure tau...

12. dulu sebelum kahwin seorang yg berdikari tapi bila dah kahwin dah terlebih manja... contohnya... dulu memandu kereta kemana saja tapi bila dah kahwin mesti MrL yg memandu... comei hanya memandu untuk pergi kerja sahaja itupun sampai stensen komuter terdekat.... kira berguna jugakla lesen tu kan...

13. tengah berusaha menambah bilangan ahli keluarga... usaha tangga kejayaan...

14. rumah tidak ada line internet, sebab tinggal di kawasan ulu2... jadi bantai je internet kat opis ni.... maaf kalau hujung minggu comei tak buat blogwalking

15. ahhhh...dari tengahari sampai petang comei tak siap2 lagi menulis ni... cehhh... sambil menaip sambil wat kerja ni......

16. dulu2 rajin berborak dengan rakan2 kashmir kat sini tapi sekarang tak tau la ke mana dia org pergi...yg ada cuma MM je... muaaaaaaa...sedihnya...aku rindu korang semua... BB, Doyok, Cikli, Poyo...... kenapa sepi tanpa berita ni....Harap2 raya nanti kita jumpa ye....

17. dulu2 rajin baca novel, sekarang pun suka cuma masa je yg jeles dgn comei ni...

18. tak suka bershopping... boleh caya ke ni... alhamdulillah semenjak comei potong semua duit plastik hobi bershopping dah hilang...kira terpaksala ni...

19. tengah dengar radio ni, lagu Awie Wing...Sejati....

20. nak sambung kerja ni... kerja memang tengah banyak ni...mungkin hari raya ni baru lega sikit...

MM aku dah lunaskan denda yg ko bagi kat aku ye... harap ko puas hati, walaupun aku tak puas hati ni...sebab ketiwol tu.... wei... kalau dah siap ko pos laju la kat aku ye... aku dah lama tak makan ketiwol tau... tengah ngences ni....

Tuesday, June 22, 2010

SYOK SENDIRI...

Oleh kerana dah lama comei tak menghapdet blog, jadi hari ni comei rajin2 kan diri untuk menghapdetla..... Betul kata MM, nasib baik la comei ni bukanla blogger terkenal & pengunjung sampai tahap ribu riban.. kalau tak habis la comei kena... habisla peminat2 semua lari... Ini pun dah ramai yg lari....

Entah mengapa semenjak khaira masuk hospital tu semangat comei nak menghapdet blog ni berkurangan...
Boleh tak kalau hari ni comei nak merapu pasal bola sepak...Ye la sekarang kan tengah demam bola.... Sebenarnya comei ni bukannya tau pun pasal bola sepak ni, saja nak merapu2.. kalau silap tu maaf la ye....

comei mula tengok bola sepak piala dunia ni masa tahun 2002..yg main kat Jepun/Korea tu le... ye la masa pun tak jauh beza dengan kitakan... sesuaila untuk comei melihatnya... cuma tak bestnya bila Brazil lawan England.. masa ni waktu kerja... ingat lagi member2 opis ambik time off sebab nak tengok kat cafe.... CEO pulak sporting & benarkan dia orang pergi.. tapi comei tak pergi sebab manager comei tak bagi...dengki tau boss comei ni.... frust je...tapi dengar kat radio... nasib baik Brazil menang tapi hero pulak dapat kad merah & tak dapat main untuk final menentang Jerman... walau pun comei kerja company Jerman tapi tak pernahnya sokong Jerman.... ada member opis ni sokong le...eleh...bodek la tu...hehehehehehe...

Ini la hero yg comei maksudkan.. suka tengok dia ni sebab COMEI kan...muahahahahaha...

Tapi pada tahun 2006 Piala Dunia kat Jerman... kat HQ opis comei la ni.... comei tak tengok sangatla.... sebab masa ni tengah demam dengan MrL... hahahahahaha... MrL pun tak tengok bola tak kan comei nak mengada2 pulak nak tengok...kannnn.... lagi pun beza masa tu yang perit.... tapi ada jugakla jeling2 masa tengah bergayut tu..... maklum cinta jarak jauh dengan MrL...

Tahun ni comei ada jugakla tengok 1-2 perlawanan... semuanya yg membabitkan Portugal.... sebab apa suka Portugal... Ohhh... sudah tentu comei nak tengok yg comei2 je kan....

Adakah comei minat kerana gambar ini?????? hahahahahaha sendiri fikir sendiri jawabla.... kan comei dah kata comei minat yg comei2 saja....


Semalam petang tengok Portugal menentang Korea Utara... woooo pesta gol tu... mentang-mentangla mamat ni pakai jersi no 7...... 7 gol dah bolos... hahahhahahaha... sakit perut comei ketawa tengok gol2 yg masuk tu... MrL pulak dengki asik2 tukar channel.... nak tengok berita la, itu la, inila..khaira pun sama dengki.... eleh dia orang berdua tu jeles sebenarnya....

Alamak hari Jumaat ni 25/06 Brazil menentang Portugal... macam mana ni kedua2 nya pasukan pilihan.... Rasanya comei lebih memihak kepada Portugal sebab mamat yg comei dari Brazil tu tahun ni tak ada.... kalau tak silap pukul 10 malam kan.... Aduhai macam mana ni... sebab comei nak tengok mamat dari seberang yg comei tu.....

Ni la mamat yg paling comei yg comei maksudkan... yg membuatkan comei tak nyenyak tidur malam....opssss.... nasib MrL tak baca blog ni......kan sinatron Benci Bilang Cinta ada masa malam tu... mana boleh miss tengok cerita ni.... ahhhhhh...dilema betul.... last2 tidur je kot sebab tak tau nak pilih mana...hahahahahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails