Monday, June 15, 2009

makan-makan

salam......

Maaf comei agak lambat untuk update blog ni sebab ada masalah kesihatan sikit...almaklum musim berjerebu ni..demam...

Pada 6 Jun 2009 comei, BB, Poyo dan Bokde telah pergi makan-makan di dua buah restoren makanan segera...ha..nak tau kenapa sampai dua...

Pada mulanya comei, BB & Poyo makan tengahari di mcdonald rawang (area tempat kita orang tinggal la) jadi bila dapat tau ada member yang datang jauh dari selatan dan menginap di salah sebuah hotel kat KL jadi kita org pun ambil keputusan untuk bertemu beliau di Mid Valley...

ha..apa-apa pun terima kasih pada bokde sebab belanja kita orang makan pizza.. Ni ada beberapa gambar yang sempat comei ambil...



Pasangan romantik..BB & isteri...emmmm....bulan madu entah kali yg keberapa da....

Poyo & famili....sorry gambar Mikail tak nampak muka

Gaduh ke Poyo


Hero Poyo, Mikail


Bokde yang menten cun


Dua wanita anggun


comei & famili


ayah mithali


sayang Khaira


wah dasyat kita orang makan (restoran pertama)


tempat ke dua kita orang makan-dibelanja oleh bokde cun

Tuesday, June 2, 2009

TANDA-TANDA SUAMI CURANG

  1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.
  2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimbulkan keraguan!
  3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.
  4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.
  5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan ‘kekasih gelap’nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.
  6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama ‘kekasih gelap’nya!
  7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.
  8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan ‘kekasih gelap’nya! lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.
  9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”
  10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.
  11. Berubah menjadi terlalu setia dan romantik
    Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata anda.
    Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:

  1. Talipon gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.
  2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.
  3. Ambil peduli siapa teman-teman rapatnya. Pepatah Arab ada menyatakan: “Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikuti temannya.” Firman Allah SWT yang bermaksud, “Teman-teman yang akrab pada hari itu (akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67). Sekali-sekala, apa kata anda hubungi teman rapatnya. Tiada salahnya jika anda inginkan kepastian teman-teman suami anda bukanlah dikalangan orang-orang yang boleh ‘merosakkan’ suami anda.
  4. Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.
    Adakah anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda berdua akan kekal bahagia selamanya, insya Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails