Tuesday, March 31, 2009

Pendapatan Minggu Pertama Plan C Diamond Bio-Asli

Beli RM100.00 (barangan dijual semula) = RM 130
Komisen belian peribadi dimasukkan ke E-wallet = RM5
Komisen direct sponsor 5 orang x RM25 (ke e-wallet kita) = RM 125.00
Komisen level 2 (RM5 x 25 orang) = RM 125.00
Komisen money pool (contoh) = RM 200.00

JUMLAH PENDAPATAN 1 MINGGU PUAN DIAMOND = RM485.00
SATU BULAN PUAN DIAMOND BAKAL MENDAPAT = RM 2,000.00

Ini tidak termasuk jika anda membuat jualan ke atas produk-produk lain yang sememangnya laris dan terlaris.

Dengan kecanggihan dunia IT yang semakin pesat berkembang untuk mendapatkan 5 orang direct sponsor dalam tempoh satu minggu bukanlah sesuatu yang mustahil bagi anda, apatah lagi KEAHLIAN adalah terbuka kepada semua di seluruh rantau asia, Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand dan Brunei... (sekadar menyebut beberapa nama yang mungkin bukan mustahil bagi anda).

DAFTARLAH SEKARANG DI :
http://www.bio-asli.com/daftar.asp?id=sarinah

KEAHLIAN ADALAH PERCUMA

Thursday, March 26, 2009

pening ni....

eeemmmm.....

sebenarnya comei tengah pening kepala ni...banyak sebabnya kenapa comei pening...
antara sebab-sebabnya ialah:
  • tak cukup tidor sebab anak comei sakit lagi..kali ni pulak nak tumbuh gigi geraham...anak comei malam tak tidur sangat & tak nak susu...menangis je...sakit kot mulut dia...

  • baru dapat call dari husband kata mungkin anak comei kene chiken pox. badan dah keluar biji-biji merah berair....haaa...sedihnya ingatkan bulan ni nak injek chiken pox...alih-alih dah kene dulu...nampak gayanya 1 minggu le comei tak tidor malam....(hehehehehe boleh slimkan badan) kesiankan kalau tengok budak-budak sakit...kita yang dewasa ni pun kalau kene chiken pox betapa azabnya....sakit wei...

  • yang lebih pening lagi ialah jeng jeng jeng.......

haaaaa ni la handphone baru comei...cantik tak...malam tadi baru beli...harga boleh tahan la....hehehehe...survey kat KLCC harganya RM**** mahal sangat jadi kakak comei tolong belikan kat Subang Perade harganya kurang sikit la dari kat KLCC...harga masih lagi RM****

pening sebab apa?

hehehehehe...comei ni lambat sikit kalau pasal it ni....dari pagi tadi dok godek-godek macam mana nak setkan phone ni...hehehehe setelah beberapa jam berlalu baru la tau macam mana nak buat & hantar message...hahahaha...lawak-lawak ...suami comei perli je....

Ni pulak handphone lama comei...lama pun tak lama la....tahun lepas beli...tapi selalu je problem, tiba-tiba je tangah comei on line boleh off. bukan apa anak comei si Khaira tu selalu je buat main...tu yang rosak...

pada MM jangan marah ye kalau comei tak chat dalam minggu ni sebab-sebabnya comei dah berikan kat atas tu...

Tuesday, March 24, 2009

teman hingusanku


tentu anda tertanya-tanya kenapa comei letak gambar nostalgia tu di atas...emmm..sebenarnya comei takut gambar tu hilang..kiranya itula satu-satunya kenangan comei masa sekolah dulu..kalau hilang dah tak ada kenangan lagi...satu lagi kot-kot member sekolah comei terbuka blog ni jadi tau la dia yang blog ni kepunyaan salah seorang dari yang di atas tu..so boleh la contact comei ye...kiranya menjejak kasihan la ni...

dan jangan lupa ye busines comei yang ngetop tu

klik www.bio-asli.com/?id=sarinah

Monday, March 23, 2009

hari yang sebok

Assalamualaikum....

maafla hari ni comei sebok sikit untuk update blog ni...

walau macam mana pun jangan lupa ye busines comei yang selalu comei war-warkan di sini

product yang bermutu tinggi untuk suami isteri disamping menambah pendapatan dengan mudah. keahlian percuma...order melalui internet dan barangan akan sampai di depan pintu rumah anda

www.bio-asli.com/?id=sarinah

atau kalau ada sebarang pertanyaan sila hantar email anda ke comeisari@gmail.com
comei sedia membantu

Friday, March 20, 2009

apa rancangan dihujung minggu ni?

hujung minggu ni nak ke mana ye????

hemmmm...comei ni pura-pura tak ingat pulak...

macam biasala hari sabtu tak kerja kene kemas rumah, jaga anak dan bla bla bla....kerja orang perempuan....suami pulak kerja...jadi duduk kat rumah je la...

Ahad pulak kene pergi rumah kakak untuk melihat mak yang ada di sana...hari ni kakak dah call suruh comei tidur rumah dia...ishhh malas betul nak tidur rumah orang ni....bukan apa comei malas nak pack barang-barang ni...lecehla nak mengangkut..hehehehe...walau pun yang mengangkatnya tu suami comei....

jadi bagaimana pula dengan perancangan anda dihujung minggu ni ye...bolehla kongsi cerita dengan comei...letak di post comment atau pun di chat box...

sambil-sambil tu layari la bisnes comei yang ngetop ni...tak rugi...keahlian percuma untuk seumur hidup...barangan boleh digunakan untuk kegunaan sendiri...

www.bio-asli.com/?id=sarinah

Thursday, March 19, 2009

kenangan lalu

tiba-tiba saja comei terkenangkan kisah 2-3 tahun lalu, kejadian ini berlaku dalam bulan december 2006...jeng jeng jeng....

tak de suspen pun...kisah ni mengenai majlis perkahwinan comei....
setelah lama merancang maka kami sekeluarga telah bersepakat untuk menjadikan 23 december 2006 sebagai hari bersejarah buat comei.....

oleh kerana ianya hari bersejarah maka terjadilah sejarah yang tidak akan comei lupakan untuk seumur hidup...hehehehe......

kira-kira seminggu lagi majlis perkahwinan berlangsung comei sudah mula bercuti untuk membuat persiapan di kampung...alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
tapi.....jeng jeng jeng...

beberapa minggu sebelum tu di kampung musim hujan telah melanda.... kira-kira 3-4 hari sebelum berlangsung majlis hujan turun tidak berhenti-henti...rasa berdetik juga hati comei akan ada benda tak baik berlaku tapi comei buangkan perasaan risau tu mungkin kerana nak menjadi isteri orang tu yang membuatkan hati comei risau je...lagi pun tak mungkin kata comei akan berlaku banjir sebab sudah 20 tahun banjir tidak melanda kampung...

hah...kan betul perasaan comei tu..pada pagi rabu comei tengok keliling rumah sudah dipenuhi air...comei masih berfikiran positif lagi dan berdoa agar hujan berhenti...tapi hujan tetap berterusan....air makin lama makin naik...macam mana ni....
Oleh kerana hujan yang masih berterusan, maka comei redha je apa yang akan berlaku...pasti ada hikmah disebalik kejadian ini...

Pada hari Jumaat 22 december 2006 comei dan orang-orang kampung telah berpindah ke pusat pemindahan banjir.....oleh kerana kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan darat, maka pihak berwajib telah mengarahkan kami menaiki lori askar yang mengangkut orang ramai berpindah ke tempat yang lebih selamat...hehehehe...syok jugak merasai pengalaman itu setelah 20 tahun tidak mengalaminya.....

lori askar yang membawa kami ke pusat pemindahan banjir

anggota keselamatan membantu kami

anak buah comei makan di pusat pemindahan

bangsal majlis perkahwinan

periuk belanga yang terapung

pelamin yang tidak sempat dirasmikan

tapi walau bagaimana sekalipun majlis pernikahan tetap dijalankan...hehehehe..pernikahan kami ala-ala kahwin cowboy je.....memang kenangan yang terindah....tidak ramai manusia di muka bumi ini merasai sepeti mana yang aku rasakan....

akhirnya.......di sebuah masjid di pekan terapung....

Wednesday, March 18, 2009

rakan hingusanku


Pada 15 Mac 2009 satu perjumpaan rakan-rakan hingusan telah di buat di Pergunungan Kashmir (bak kata MM)....rasanya cepat betul masa berlalu...kalau dihitung-hitung sudah 19 tahun kami meninggalkan bangku sekolah (SPM 1990)....walaupun comei tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab peribadi tapi comei dapat rasakan kemeriahannya....Insyaallah kalau tiada aral bulan June akan datang ni comei sedaya upaya untuk hadir sama....

Bila melihat foto-foto yang dikirim MM dan Cikli rasa gelihati pun ada..ya la..kalau dulu badan semua saiz S atau L..... hahahaha...sekarang semua dah double XL....sama la jugak comei ni...
Tak pe sekurang-kurangnya adala kelainannya....bak kata AF...Transformasi...hehehehe...ya la kita perlukan perubahan......

MM kata Shidah tak boleh tidur malam sebab nak jumpa kawan-kawan lama...macam comei jugakla..rasa jasad je kat KL tapi hati ni dah ada kat Pergunungan Kashmir tu...dah tak ada rezeki comei nak jumpa korang...nak buat macam mana..

Cantik sekarang Pergunungan Kashmir tu ...teringat zaman-zaman persekolahan dulu...ada masa lapang pergunungan itula yang didaki..dulu tempat tu masih hutan lagi...bagusla tempat tu dah dimajukan...Insyaallah kalau comei balik kampung nanti comei akan singgah untuk melihat-lihat Pergunungan Kashmir tu...

Thursday, March 12, 2009

kisah di sebalik kehilangan comei

Assalamualaikum...

Dah lama betul comei tak menulis di ruangan ni...comei agak sebok sikit...Hujung minggu lepas balik kampung sebab anak buah sebelah suami kahwin....letih sungguh...letih bukan kerana menolong tapi letih sebab cuaca yang terlampau panas....Oleh kerana terlampau panas nak ambik gambar pengantin pun terlupa...hehehehe lawak kan...Itu tak lawak lagi...yang lebih lawak apa tau...walau pun comei tidur di rumah pengantin tapi bilik pengantin pun comei tak jenguk hehehehe......nasib baik pelamin kat luar rumah, jadi dapatla tengok...kelakarkan....

Ala..... lagi pun anak comei si Kyra tu asyik merengek je, dia tak biasa berpanas. Sebab dia dah biasa tidur pakai aircond...jadi comei pun apa lagi duduk je kat luar rumah ambik angin yang original....lagi satu kat rumah tu tak ada buai, apa lagi melalak je la si Kyra sebab tak cukup tidur.....nak bawak buai sendiri kereta pulak tak muat. Al maklum kereta kita kecik je....Oleh kerana dah tak tahan sangat lepas majlis habis, selepas maghrib comei pun bertolak balik ke rumah emak di kampung....

Sampai rumah emak pulak, emak tengah sakit, agak teruk...memang kalau ikutkan comei balik kampung tu nak bawak mak ke KL sebab nak buat check up kat hospital..macam biasala.....Pagi-pagi comei bagun tidur je terus check kandungan gula dalam badan mak..memang tinggi...32.5....suruh makan ubat tak mau, injek insulin tak mahu...tak tau lagi macam mana comei nak kata....tapi nak makan semua yang manis-manis je....

Comei pujuk-pujuk mak ikut ke KL, mak tetap berkeras tak mahu pergi walaupun keadaannya teruk...Oleh kerana mak tak boleh dipujuk comei terus call adik comei...Biasanya mak akan dengar cakap adik bungsu comei ni...almaklum anak lelaki tunggal...Entah apa yang dibualkan comei pun tak pasti..adik comei kata tak pe la kalau mak dah tak mau pergi KL nak buat macam mana...kalau ada apa-apa dia akan balik kampung ambik mak....Jadi lepas zuhor comei & family terus balik KL....Tak sedap betul hati comei nak tinggalkan mak seorang diri kat kampung dalam keadaan mak macam tu...kakak comei memang ada yang dekat rumah mak tapi secara kebetulan kakak pulak pergi ke JB..balik agak lewat pada hari tu....

Sepanjang perjalanan comei dari Kampung ke KL hujan tak berhenti...sejuk giler...suami comei asyik berhenti je di perhentian sebab nak membuang....Dah le sebelum tu panas ya ampun.....dugaan.....Oleh kerana asyik berhenti je sampai rumah pun lambat...

comei sampai depan rumah ketika azan maghrib berkumandang.......Belum pun habis barang dalam kereta dibawa masuk handphone comei berbunyi.....kakak comei kat kampung call....."*** (nama gelaran comei) mak sakit tenat ni, badan mak dah panas sangat ni....bla bla bla......." suara kakak comei agak cemas....comei panik la...baru sampai dah dpt berita tak baik....comei terus call adik tak dapat pulak...rupanya tengah solat....pukul 8 mlm baru dapat contact adik...malam tu juga adik balik kampung dengan kakak (kakak comei yg kat shah alam) .....Nasib baik kakak ada kat kampung(comei ada 4 kakak ye) ...dia bawak mak ke klinik dulu sementara tunggu adik sampai...jauh tu dari KL ke kampung...kalau laju 3 jam baru sampai tapi dalam cuaca hujan mana mungkin boleh memandu laju....pukul 2.30 pagi baru adik sampai kampung...rupanya kandungan gula dalam badan mak terlampau tinggi hingga mesin pun tak boleh nak baca...ini kejadian kedua berlaku, sebelum ni berlaku dalam tahun 2004, ditambah pulak darah tinggi yang terlampau tinggi...hinggakan mak tak boleh melihat.....

Jadi esok paginya mak terus di bawa ke KL sebab mak biasa dirawat di Universiti Hospital...Lagi pun hospital tu dekat dengan rumah adik beradik comei....belum pun sampai hospital mak dah pengsan......tak pernah pulak terjadi macam ni...panik jugak bila kakak call cakap mak dah tak sedar.....rupanya bila pihak hospital check...gula dalam badan terlampau rendah dan tekanan darah juga terlampau rendah...

Alhamdulillah....comei sampai hospital, mak dah sedar dan mula dapat melihat sikit-sikit...dan sekarang ni sudah ada selera makan....Tapi walau macam mana pun kami adik beradik masih lagi memantau kesihatannya...keadaannya masih belum stabil..sebab jantungnya lemah...Kakak sulong comei yang di Kota Masai sekarang ni dalam perjalanan ke KL..sebab mak asyik bertanya dia saje... selagi mak masih bernyawa apa salahnya korbankan wang ringgit dan masa...Kalau apa-apa berlaku kita juga yang menyesal....

itu la kisah benar yang berlaku pada comei minggu ini...bukan sengaja tak mahu nak menulis di ruangan ini...
Jadi doakan la yang baik-baik untuk mak comei ye....amin....


Tuesday, March 3, 2009

Persedia Awal

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya comei tak membebel di ruangan ini...
Seperti yang comei katakan comei agak sebok buat masa ini...Tapi dalam kesebokan comei ni, comei terpanggil untuk berkongsi cerita, apa yang comei baca dalam akhbar Utusan Malaysia pagi tadi. Mengenai kes penceraian sekarang ni...Agak menakutkan....
Jadi comei copy paste keratan akhbar tu ye, mana tau anda tidak sempat membacanya di akhbar...

KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.

‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak.

‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya.

jadi nasihat comei (dan comei nasihat diri sendiri juga)sebagai seorang wanita kita perlu persediaan untuk menghadapi perkara-perkara begini...bukan kita pinta tapi kalau dugaan itu datang kita terpaksa menghadapi juga....semua datang dari yang Maha Esa jadi kita kene redha menghadapinya...

Persediaan yang comei maksudkan ialah seperti kewangan/simpanan...
Ya la masa kita bersama bolehla suami tanggung kita, tapi kalau tergadi begini macam mana tu...Lagi-lagi kalau yang menjadi surirumah sepenuh masa...kesian comei tengok wanita-wanita yang hanya bergantung 100% pada suami saja....kalau tak kuat iman boleh jadi gila nak meneruskan kehidupan...lagi-lagi dalam keadaan ekonomi tengah gawat ini....

Jadi dengan itu comei cadangkan pada wanita-wanita di luar sana untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai sandaran sekiranya dugaan itu terkene pada diri..

Apa kata anda joint comei dalam BUSINES NI, keahlian percuma, tak perlu berjumpa orang ramai untuk mencari downline (hanya di depan komputer saja) dan apa yang perlu anda cuma sebarkan website anda kepada rakan-rakan....

Selain itu anda juga boleh menikmati barangan yang bermutu tinggi yang semuanya direka khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Selama ini kita hanya mendengar tentang barangan untuk lelaki sahaja tetapi dengan teknologi sekarang barangan perempuan juga boleh kita perolehi...jadi bagi wanita-wanita yang sayangkan suami tu belila product-product tu ya...

Kalau segan anda boleh order sendiri di laman web..

cara-caranya

* daftar di www.bio-asli.com/?id=sarinah
(automatic anda telah menjadi ahli)
* order barang dlm web anda sendiri
* bayar
* tunggu posmen hantar dpn pintu rumah

Pada sesiapa yang masih ragu-ragu boleh hubungi comei di comeisari@gmail.com

wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails