Oleh kerana comei menghapdet blog lewat, maka comei cerita serba ringkas je la mengenai sambutan hari raya tahun ni...
Alhamdulillah, tahun ni sambutan hari raya berjalan dengan lancar & jayanya walaupun serba sederhana saja... Syukur Alhamdulillah sebab tahun ni khaira tak buat hal macam tahun lepas, jadi dapatla comei beraya ke rumah sanak saudara & rumah
MM.... walaupun pagi raya tu hujan turun tapi comei dapat jugak berjumpa
MM setelah 2 tahun tak berjumpa muka, selalu jumpa kat fb atau blog je...
Hujan Rahmat tu....Ni foto hari raya 2010... posing lebih kurang macam tahun lepas jugak... cuma yg berbeza saiz badan masing2...muahahahahaa... oppppsss.... lupa, baju kita org tahun ni sedondon ye, tak macam tahun lepas... sesiapa yg mengikuti blog ni mesti tau cerita raya comei tahun lepas ye...
kronologi hari raya comei & famili...
Hari Raya Pertama - Macam tahun2 lalu jugak, malam raya kat rumah mak comei, pagi raya lepas solat raya pergi ke rumah famili MrL, TAPI... sebelum ke rumah famili MrL singgah dulu rumah org tua MM, bukan apa, sebelum sampai rumah famili MrL, lalu dulu rumah MM, tu yg singgah dulu. Sebab kalau kita org terus ke rumah MrL sure tak leh patah balik ke rumah MM, Biasala kalau dah jumpa saudara mara ni... masa mmg tak cukup 24 tu...
Beraya kat kg MrL mmg best sebab satu kg tu kaum keluarga dia.... jadi byk tempat nak pergi... tapi comei tak la pergi semua, tak sempat, jadi pilih2 je mana yg rapat... kita org berayala sampai petang... Malam tu kita org terus bertolak ke JB, pergi 2 buah kereta... comei tak tau la nama tempat tu sbb dlm perjalanan tu comei tidur.... malam tu kita org tidur kat rumah adik MrL kat Pulai (ye ke nama tpt tu, comei pun x pasti)
Hari Raya Kedua - Ke Kota Masai, rumah Kak Long comei. Tahun ni dia tak dpt blk ke kg atas alasan sakit, 2 hari sebelum raya baru keluar hospital. keadaaan dia masih lemah lagi, jadi kita org adik beradik bergilir2 ke rumah dia. comei ke sana bersama kakak no 2 & no 3. kakak ko 4 & adik hari raya ke 4 baru ke sana....
petang kita org bertolak balik ke kg tapi comei singgah dulu Rengit, rumah kakak MrL. Malam baru blk & sampai kg lebih kurang 11.30 mlm...
Hari Raya Ketiga - pagi2 dpt massage yg megejutkan kita org.. berita kematian & pembunuhan org kg comei... kesian, zalim betul org yg lakukan tu. moga2 allahyarham di tptkan di kalangan org2 yg beriman.... Pasti org kg comei terasa kehilangannya sbb byk jasa2 dia yg telah ditaburkan di kg tu... comei tak leh nak komen panjang sbb masa comei kat kg rumah dia org tutup sbb dia org kat KL & bila comei blk KL baru dia org balik kg.. nak tau cerita lanjut tanya pada BB sebab dia ada pertalian saudara dengan Allahyarham...
Oleh kerana cuaca tersangatla panasnya, pukul 5 ptg baru comei keluar rumah, beraya ke rumah adik & abg MrL di BP. Jalan raya jgn cerita la punyala teruk jem.. konon2 nak elakan jem kat simpang medan tu, jadi lalu kangkar & Pt Sulong, tapi kat Pt Sulong pun jem gilerz...
Hari Raya Keempat - pagi kat rumah jugak, petang lebih kurang pukul 5 baru keluar, pergi ke rumah kawan MrL & kakak MrL. Malam pergi Pt Sulong, saja jalan2...
Sampai rumah dlm pukul 9 mlm dah agak sunyi sbb kakak2 dah blk rumah masing2, tinggal sorang lagi yg tinggal, itu pun tengah memunggah barang2 ke dlm bonet kereta, jadi setelah comei & MrL bincang2 esok pagi2 pun kita org blk BTP gak la.... konon2 raya ke 6 baru blk, tapi tak bestla, rumah pun dah sunyi. Jadi mlm tu kita org kemas la rumah....
Kemas rumah kena bersih2 sbb nak tinggalkan rumah tu kosong. Kalau tak habisla nanti ada monyet masuk rumah. Pening jugak nak kemas rumah, kuih2 raya lagi... jadi comei & MrL berkemas la sampai pukul 1 pagi kot... dah tak larat pagi pulak sambung...
Hari Raya kelima - lebih kurang pukul 10 pagi kita org dah bertolak blk, lambat sbb ada tetamu. Macam biasa comei org pertama sampai kg & org yg terakhir blk.... tukang buka pintu & tutup pintu... mak comei sure la ikut kereta comeikan...
eh kata ringkasan cerita, tapi tengok panjang je... nanti comei sambung lagi ye.. ni ada kerja nak buat...