Thursday, February 26, 2009

Masalah Orang Perempuan......

Assalamualaikum...

Maafla kalau dalam beberapa hari ni comei tak dapat menulis di sini...Bukan apa cuma comei agak sebok sikit dengan kerja di office dan juga melayan karenah downline dan rakan-rakan yang mahu membeli product dari comei..

Contohnya pagi tadi, comei baru je sampai tempat kerja kawan office comei dah mengekor comei bertanyakan product-product yang comei jual. Kakak ni usianya dalam
40an la...Mula-mula agak malu-malu juga dia nak bertanya pada comei sebab banyak sangat putar belitnya dia cerita...Biasala kan kalau orang banyak bertanya ni mesti ada sesuatu....Tapi, akhirnya bercerita juga kakak ni pada comei....Ini la nasib orang perempuan kalau dah meningkat usia tidak sama dengan orang lelaki...makin berusia makin menjadi...ehh...ya ke????? Itu orang lelaki kene jawab sendirila...

Kita ni sebagai seorang wanita memang susah. Siang bekerja malam pulak nak uruskan rumahtangga.....nak masak, jaga anak, basuh baju dan macam-macam lagi...Letihkan...Kalau dapat suami yang ringan tangan membantu kira Syukur Alhamdulillah...tapi kalau sebaliknya????? Lepas tu bila suami nak bermanja-manja kita dah tak larat nak layan suami...mana taknya dah letih..kalau dah letih tidor le jawabnya...

Bila dah terjadi begini mulala suami buat hal. Alasannya kita tak pandai layan....macam mana tu...Comei harap perkara-perkara begini jauhkan lah dari comei..

Jadi bila comei dah tau masalahnya terus comei cadangkan product apa yang perlu dia ambil...comei cadangkan dia minum Kopi Kelapa Dara & Losyen Kamar Sutera...Harap product-product ini dapat membantu kawan comei...Amin...

Jadi kepada sesiapa yang rasa ada masalah serupa boleh la mencuba product ini...Tak perlu risau, kalau anda rasa malu anda boleh order sendiri product ini melalui internet ye...caranya anda kenela manjadi ahli dulu (keahlian percuma seumur hidup)lepas tu order, bayar dan tunggu saja di depan pintu rumah...posmen akan hantar...haa..kan senang...tak ada sesiapa pun tau anda membeli product ini kan...

Untuk menjadi ahli klik : BUSINES YANG NGETOP

Tuesday, February 24, 2009

Macam-Macam Perkara di Hujung Minggu

salam...

Hujung minggu lepas banyak perkara telah berlaku dalam hidup comei, ada yang gembira dan ada sebaliknya...

buat rakan busines comei MM, comei minta maaf la sbb mengganggu hujung minggu MM bersantai bersama keluarga, bukan apa comei teruja sangat masa tu...

ceritanya begini...ada seorang kakak ni, dia ni ada masalah perempuan..almaklum umur pun dah 50an...(harap fahamla ye masalah dia apa)dia ada berjumpa comei menceritakan masalahnya. Jadi comei cadangkan product yang comei jual iaitu Losyen Kamar Sutera (ala yg warna pink mcm dlm slide kat atas tu)jadi kakak tu pun belila dari comei...

Satu minggu kemudian kakak tu jumpa comei semula, seram juga comei kot2 dia kata comei ni menipu...rupa-rupanya kakak tu jumpa comei sebab nak beli satu set barang untuk wanita...hahahaha mengurut dada comei...lega...

Kakak tu cerita pada comei yang masalah dia dah dapat diatasi dan suaminya bertanya product apa yang dia pakai, jadi dia kata product bio-asli le.....Jadi suaminya pun bagi duit pada dia dan suruh beli satu set barangan wanita, iaitu Losyen kamar sutera, Minyak Kelapa Dara + Harbatus Sauda (Kapsul dan Minyak), Kopi Kelapa Dara, Losyen Minyak Kelapa Dara (semuanya ada lima)

Oleh kerana terasa teruja comei pun terus call teman comei MM sebab comei tak ingat harga product tu dalam satu set. Ya la comei mana sangka ada orang nak beli dalam kuantiti yang banyak...kalau harga satu barang tu comei ingatla..hehehehehe..
Lagi pun rumah comei mana ada internet nak semak harga barang...itu yang comei terus call MM...sorry MM...lain kali tak buat lagi..sbb cadang-cadang dapat komisen ni nak masuk internet kat rumah...

Lagi satu cerita, kawan suami comei ni, dia ni baru satu minggu bergelar Mak Jan**, kesian dia ada anak 5 pulak tu, suami dia kawin perempuan lain...selalu je kepala dia sakit, darah tinggi la, resdungla...jadi dia mencuba product bio-asli ni, dia makan Minyak Kelapa Dara Harbatus Sauda..Alhamdulillah dengan izin ALLAH penyakit dia dah mula berkurangan..

ha...cerita yang sedih pulak..pasal blog comei...
comei pun tak tau kenapa blog comei yang lama tu ada masalah..comei tak dapat mengesan apa masalahnya..atau mungkin comei je yang tak tau..hehehe..maklum le comei ni bukan tau sangat pasal komputer ni...jadi comei ambil keputusan untuk bukak lagi satu blog yang baru. harap-harap blog baru ni tak ada masalah yang sama. Kalau ada juga terpaksala comei masuk kelas komputer....hehehehe..rasanya tak salahkan comei belajar sesuatu yang baru

Kepada sesiapa yang nak joint busines comei klik bawah ni ye, keahlian percuma, boleh diguna untuk kegunaan sendiri juga. Maklum kalau nak beli kat luar mungkin kita segan jadi dengan ada kemudahan internet ni bolehla kita beli sendiri, jadi tak ada siapa pun tau kan. Yang kita perlu buat cuma jadi ahli, beli barang dan terima barang di depan pintu rumah. Jadi selamatla dari pengetahuan orang ramai...

wassalam

BUSINES YANG NGETOP

Ehhh....lupa pulak bukan barangan perempuan je yang ada, barangan lelaki pun ada juga tau. Kalau rajin jengok-jengok la website tu ye..kalau tak pun email comei untuk bertanya atau apa-apa je ok...

email comei : comeisari@gmail.com

Monday, February 23, 2009

Menangani Kegawatan Ekonomi-Perniagaan Online Alternative Untuk Anda

Assalamualaikum...

Itulah tajuk akhbar harian metro semalam yang comei baca....

Kalau kita fikir-fikirkan memang menakutkan melihat keadaan ekonomi kita sekarang....mana taknya kalau comei tengok berita tv tiap kali tu lah ada saja syarikat yang membuang pekerja...masalahnya syarikat tu bukanlah syarikat yang kecil, tapi worldwide tu.....Tak payahla comei beri contoh syarikat tu, kalau anda rajin baca surat khabar atau tengok berita tv pasti tau kan...

Minggu lepas juga suami comei ada bercerita pasal tempat kerja dia yang membuang seramai 100 orang pekerja. Terkejut comei mana tau suami comei tu salah seorang daripadanya. Kat mana dia nak cari kerja dalam keadaan sekarang ni. Rata-rata syarikat sekarang membekukan pengambilan pekerja baru. Kerja kilang...???? tengok kat tv tu mat-mat bangla pun merempat tak de kerja...macam mana tu...

Alhamdulillah....nasib baik suami comei bukan salah seorang daripada 100 orang yang dibuang itu...tapi mana tau nasibnya selepas ni..macam tu juga dengan nasib comei yang makan gaji juga ni...jadi comei dan suami telah mengambil keputusan untuk menjebakkan diri dalam perniagaan online seperti tajuk akhbar harian metro semalam..comei nak copy paste artikel tu, tapi tak boleh pulak entah mana agaknya artikel tu.

Alhamdulillah sejak memasuki bidang ini pada Januari 2009 lalu yang diperkenalkan oleh kawan comei nampaknya membuahkan hasil...kata orang tu kalau ada musibah tu sekurang-kurangnya comei ada tempat lain untuk mencari hasil...

Jadi pada kawan-kawan yang ingin menceburkan bidang ini sila klik:

BUSINES YANG NGETOP
keahlian percuma

wassalam....

DUIT...???...SAKIT NI....

Salam….

minggu ni memang minggu yang memenatkan buat comei. mana taknya dengan kerja di office yang menimbun ni...walaupun boss comei sekarang ada kat oversea tapi sebelum pergi, boss comei dah meninggalkan banyak wasiat yang perlu dibereskan dalam minggu ni juga...jadi sebelum comei meneruskan kerja-kerja comei, comei nak membebel dulu kat sini ye...

Yang lebih membuatkan comei penat bukan apa sebenarnya comei ni mungkin kurang tidor. Sebab apa????? eeemmmm.... mana tak kurang tidornya kalau insan-insan tersayang comei jatuh sakit. Entahla baru satu minggu anak comei si kyra tu baik demam, dah demam lagi..ha..sekarang ayahnya pun ikut demam sama. Kene la comei berjaga malam untuk menjaga mereka berdua. Kalau tak si kecil yang merengek si ayahnya pula yang merengek...hehehee itula ayahnya pun nak bermanja juga kot......

Mungkin cuaca panas sekarang ni yang menyebabkan kita ni mudah jatuh sakit...jadi nasihat comei banyak-banyakla minum air masak untuk menghilangkan rasa panas dalam badan tu...

Ha..sebut pasal sakit ni tentu kita akan berjumpa doktor, dan pasti kita perlukan duitkan..contohnya macam comei, bajet duit ubat untuk bulan ni dah lari sebab anak comei sakit dua kali lepas tu suami pun sakit juga. Pening juga fikir pasal duit ni, nasib baik comei ada joint business ni jadi tak la pening sangat. Sekurang-kurangnya untung runcit comei boleh gunakan buat duit ubat dan duit dapur, manakala duit komisen pula comei simpan untuk perkara-perkara dikemudian hari atau pun kalau-kalau ada emergency. sesiapa yang berminat boleh la joint busines yang ngetop ni ye...keahlian percuma je..

klik bawah ni

BUSINESS YANG NGETOP

Bersuamikan lelaki muda

Ahad lepas comei ada membaca satu artikel dlm akhbar harian metro....emmm apa yg menarik ya...
kita kongsi bersama..
Jadi comei copy paste je artikel tu untuk memudahkan sesiapa yg ingin membacanya....

Berkahwin dengan pasangan lebih muda memang menyeronokkan, tetapi tidak semua berakhir dengan kebaikan kerana ada juga masalah yang timbul apabila usia perkahwinan bertambah, sama ada ia disebabkan oleh pihak suami atau isteri

Perunding Motivasi yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Md Izuddin Ali, berkata keburukan utama yang sering diutarakan apabila wanita berkahwin dengan lelaki muda ialah masalah ‘keintiman’ suami isteri pada masa akan datang.“Jika perbezaan umur antara belasan hingga puluhan tahun, suami dibimbangi berdepan masalah batin ketika isterinya mencecah usia 50-an dan ke atas.“Ketika itu, suami juga dibimbangi mula mencari pasal dengan mendapatkan wanita lain, berkahwin baru atau lebih buruk lagi, jika berpisah semata-mata kegagalannya menerima nafkah batin,” katanya.
Menurut beliau, kerana itu ramai wanita bertanya terlebih dulu kepada bakal suami sama ada benar-benar bersedia untuk berkahwin.

Ini kerana, wanita biasanya sedar masalah mendatang kerana umur serta perangai lebih matang berbanding lelaki muda.“Ia tidak mustahil berlaku jika suami muda atau lelaki itu tidak faham biologi isteri atau wanita seperti kitaran haid, hubungan intim dan sebagainya apabila usia meningkat.“Lelaki atau suami muda itu pula mungkin tidak melihat perkara berkenaan ketika ini tetapi mula membuka mata pada masa depan. Sepatutnya lelaki perlu faham dan tidak semata-mata menyalahkan wanita,” katanya.

Dalam masa sama, ada juga keburukan membabitkan anak wanita itu sendiri kerana mungkin usianya hampir sebaya bapa barunya.Oleh itu, yang perlu dilakukan ialah menjaga ketertiban dalam hubungan antara anak tiri dengan bapa tiri kerana dibimbangi jika tidak dikawal ia mampu mencetuskan masalah serius seperti haruan makan anak.“Mungkin anak perempuan tiri kurang selesa memandangkan usia hampir sama. Oleh itu, penting sekali ayah tiri serta ibu kandung memastikan perjalanan dalam kehidupan seharian teratur untuk tidak mencetuskan masalah,” katanya.

Kebaikan juga banyak, termasuk daripada segi mendidik, sifat matang dalam membuat pelbagai perkara atau keputusan serta persefahaman membabitkan pasangan.Menurut beliau, wanita berusia biasanya matang dalam membuat pelbagai keputusan selain mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.“Di sini boleh dilihat isteri mampu membantu mematangkan suami muda dalam banyak perkara membabitkan kehidupan selain hubungan rumah tangga.“Suami muda itu biasanya mahukan belaian serta tumpuan dan isteri boleh melakukannya dengan baik memandangkan kematangan mereka.“Selain itu, isteri boleh memberi banyak input kepada suami berkaitan kehidupan kerana biasanya lelaki muda kurang ilmu dalam beberapa aspek kehidupan berbanding lelaki berusia,” katanya.
Berkaitan persekitaran, Md Izuddin memaklumkan, perkahwinan membabitkan lelaki muda serta wanita berusia masih dianggap janggal di negara ini, khasnya di kalangan penduduk pinggir bandar.Berbanding penduduk bandar, masih ada masyarakat pinggir bandar beranggapan ia sukar diterima memandangkan ramai lagi wanita lebih muda atau seusia boleh dijadikan pasangan hidup.“Ia perlu dihadapi pasangan berkenaan walaupun apa yang mereka lakukan adalah sah menurut lunas agama tetapi janggal di mata masyarakat.“Pandangan masyarakat tetap ada, sama ada di bandar atau luar bandar. Cuma, di bandar ia kurang memandangkan ramai berkahwin lambat selain gemar memilih pasangan lebih berusia,” katanya.Menurut beliau, yang penting ialah saling memahami, hormat pasangan dan jangan terlalu mengambil kisah pandangan sekeliling kerana pasangan itu sendiri yang mengemudikan rumah tangga dan bukan mereka.Md Izuddin turut menasihatkan pasangan seperti itu supaya menerima semua kemungkinan kebaikan serta keburukan pada masa depan dalam rumah tangga.“Suami muda perlu faham dengan masalah dihadapi isteri berusia, manakala isteri pula perlu bersedia daripada segi mental selain fizikal jika berdepan situasi berkenaan,” katanya.

haaa...itula kisahnya...

mungkin ada dikalangan anda yg mengalami perkara yg sama seperti artikel di atas...
sudah pasti anda tidak mahu kehilangan orang yang tersayangkan....

Kalau tak mahu kehilangan apa kata KLIK SINI mungkin di sini ada jalan penyelesaiannya.

wassalam.

Duit Gaji

Salam.....

Berjumpa kita lagi.......

Hari ini comei nak berkongsi bersama anda mengenai duit gaji....emmmm...ke mana perginya duit gaji kita selama ini ya.....

Bagaimana caranya kita nak membahagi-bahagikan duit gaji kita yg seciput tu.... lagi-lagi kita yang tinggal di kota ni, eeemmmm....semuanya duit. Kalau tak ada duit tak dapatla kita apa yang kita perlukan...nak balik kampung pun kene pakai duit juga...ya la minyak, tol pun kene kira juga kan........

Al maklumla kan.... kita ni kalau tak berhutang tak de la nak merasa pakai kereta, rumah dan lain-lain lagi..

Apa pun nasihat comei berpada-padalah bila membelanjakan duit gaji tu....yang penting ukur baju di badan sendiri. Jangan sesekali perbelanjaan sebulan kita itu melebihi dari kemampuan kita...kalau dah terlebih tu macam mana.......sendiri mau ingatla.....

Dan yang paling penting sekali kita harus menyimpan sebahagian dari duit gaji, sekurang-kurangnya 10% dari gaji kita....menabung untuk masa depan..mana tau ada musibah dikemudian hari...kalau ada duit tabung kan senang...tak payahla pinjam dari along.......

haaaaa....

sebut pasal mereka yang tak cukup duit & mereka yang nak tambah duit poket rajin-rajin le jengok tempat ni ye......

Tambah Duit


wassalam...

Assalamualaikum

Alhamdulillah.....

Berkat usaha akhirnya terbina juga blog ini...almaklum aku ni buta it...hehehehehe...
Sebenarnya tiada kejayaan kalau kita tidak berusaha....
heemmm...lain macam je bunyinya...kan..
ada masa aku akan berkongsi sama dengan semua ok...
Buat teman-teman yang mengenali diri ini sudi-sudi le menjenguk blog ini. Tinggalkanlah pesanan anda ya...ada masa aku akan membalasnya..

Buat rakan niagaku terima kasih sebab engkaulah aku bersemangat untuk berusaha memajukan diri dan mula berfikiran positif untuk berjaya...aku harap segalanya bermula di sini seperti slogan aku di atas ......

wassalam...

Jom tengok busines yang ngetop ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails