Monday, September 28, 2009

hanya maaf dapat ku katakan....

Assalamualaikum......
suasana hari raya mungkin masih lagi terasa tapi bagi comei tidak...kenapa???? tak payah la comei ceritakan di sini kenapa comei berkata begitu...biarlah comei simpan & semat di dalam hati sampai bila-bila.....entahla...mungkin kalau comei mati & hidup balik pun comei tak akan lupa sampai bila-bila atas apa yang terjadi....

sepatutnya dihari yang mulia ini kita bermaaf-maafan & moga-moga terhampun segala dosa....tetapi bagi comei tidak...menambah dosa yang ada mungkin ya...kenapa????? entahla....

apa-apa pun buat rakan hingusan comei, comei minta maaf sebab tak dapat menghadirkan diri di majlis itu..memang nak sangat pergi..baju pun dah siap tergantung..tinggal pakai je...tapi keadaan memang tidak dapat mengizinkan...

sebenarnya anak comei, khaira tak berapa sihat sebab sejak pagi asyik muntah-muntah je lepas tu asyik mengamuk...tak tau la kenapa...kalau khaira tinggal kat rumah siapa nak jaga pulak kan sebab khaira bukan boleh tak nampak mama & ayahnya.....kalau pergi majlis tu pulak rasa tak selesa pulak sabab dengan keadaan khaira yang macam tu...nanti menyusahkan poyo pulak...

bukan rakan hingusan je comei tak jumpa...tapi rumah sedara mara pun comei tak pergi...comei cuma berada di rumah saja...entahla...malas nak fikir kenapa jadi macam ni...kalau comei cerita pun orang tak kan faham....maaf juga pada OC sebab comei tak singgah masa lalu rumah orang tua OC tu ye....yang pasti comei tak mahu bagi alasan kenapa comei tak singgah...

sebenarnya comei merancang untuk bercuti lama di kampung sebab tu comei & hubby ambil cuti panjang, tapi atas masalah-masalah tertentu & ditambah keadaan khaira yang tak sihat comei ambil keputusan untuk balik ke KL awal...pada raya ke 4 dalam pukul 10.30 pagi comei dah bertolak balik...lebih kurang pukul 4.30 petang baru comei sampai rumah...6 jam tu..lamakan...biasanya 3 jam dah sampai...mana taknya lama... setiap perhentian kami singgah...macam-macam hal berlaku...entahla..dugaan betul tahun ni.....

apa-apa pun harapan comei tahun hadapan kalau ada rezeki & umur panjang dapatla comei jumpa korang..tahun depan genap 20 tahun kita tinggalkan alam persekolahan di SMKSM...harap tahun depan dapat buat lebih besar lagi majlis tu...

ada beberapa keping gambar yang sempat comei ambil masa hari raya pertama....

Add Image

tahun ni baju raya tak sedondong....ayah tak buat baju raya la...macam buat-buat senyum je

masam je muka...

ni pun masam je...raya-raya tak baik masam2 muka tau

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
DARI COMEI SEKELUARGA
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
mulai esok comei akan mula bercuti sehingga 28/09/2009
buat teman-teman semua harap dapat berjumpa pada hari raya ke 3 ya....

Friday, September 11, 2009

beginila kehidupan seharian comei

hari ni comei nak berkongsi kepada semua bagaimana dahsyatnya perjalanan comei pergi & balik kerja....

keluar rumah memandu kira-kira 20 minit untuk sampai ke station komuter.
Inilah komuter yang setiap hari comei naik pagi & petang...komuter ni pulak selalu je problem...kalau ada problem alamat lambat la sampai tempat yang dituju....Comei naik komuter ni sampai KL Central. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit....

Beginilah keadaan di station KL Central.. tak kira pagi atau petang..masing-masing berebut-rebut.....termasukla comei... maklum kekerapan train 20 minit satu...nak tak nak berhimpit-himpitla comei...kadang-kadang nak pengsan pun ada...maklum macam-macam bau ada..lagi-lagi diwaktu petang....
Bila dah sampai KL Central comei akan menaiki Putra LRT pula...Keadaan pun tak banyak beza..masih berhimpit-himpit cuma, kekerapan train tak menentu di antara 1-5 minit satu...kiranya tak de la lama nak menunggu... kadang-kadang ada gak problemnya train ni...perjalanan ini mengambil masa 10 minit untuk sampai ke KLCC......

Inilah keadaan semasa keluar dari train...macam ******* keluar kandang...hehehehe...termasukla comei...

keadaan dalam KLCC
Ni pulak jalan bawah tanah dari KLCC ke
Convention Center....Berjalan selama 15 minit
untuk sampai ke tepat kerja

KLCC
Pemandangan Convention Center dari depan opis comei


Di sinilah tempat comei mencari rezeki...selama 14 tahun..bak kata rakan2 hingusan dah otai....
macam mana dahsyat tak perjalanan comei setiap hari...

Thursday, September 10, 2009

buah hati comei

Ini la buah hati comei...sekarang Khaira dah pandai posing depan kamera...(nak ikut mamanya yang glamer ni kot hahahahaha....)


dalam kereta pun boleh posing

mata pun dah tak nampak tu...

ewah....

pemandangan kat belakang tu abaikan je ye...biasala bila khaira dah pandai mengemas begini la jadinya


cantik basikal khaira...mama ke ayah yang beli tu..mesti khaira kata ayahkan....

Wednesday, September 9, 2009

tak tau nak buat apa

Assalamualaikum...
dah lamanya comei tak menulis di ruangan ini...
hari ni comei rasa macam tak ada mood je nak kerja walau pun kerja tengah berlambak...
entahla...mungkin sebab dah nak raya kot...tu yang perasaan comei macam ni...
untuk menghilangkan rasa bosan & perut yang dah mula berbunyi ni maka comei pun ambil handphone comei yang 'canggih' & buatla kerja2 gila ni (gila ke?????)

pc inilah yang selalu comei gunakan untuk berborak dengan rakan2 hingusan

meja bersepah tak pe..itu menunjukkan comei ni 'banyak kerja' & 'buat kerja'...hehehehehe.. (selain berchatting)

kalau tak percaya comei ni busy...ni comei zoomkan sebahagian kerja2 yang perlu dibereskan hari ni

untuk mendapatkan mood raya member comei cuba menghias dinding2 dengan kad2 raya. sebenarnya kad2 raya ni recycle je...dah 5 tahun guna kad yg sama je..maklum sekarang ni orang guna internet atau sms je untuk ucap selamat hari raya

ni pulak kad2 yg digantung di belakang tempat duduk comei...

ketupat2 yg di gantung di atas kepala comei...sorry gambar gelap...maklum guna handphone 'canggih'

ni comei zoomkan....ni pun recycle je.....save bajet
tapi yang penting gambar bawah ni ha....

sampul2 duit raya yang sudah tersedia untuk di isi......tapi isinya belum ada lagi...hehehehehe... macam mana tu....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails