Friday, July 30, 2010

BUAT ADEQ....

setelah sekian lama tak berjumpa, akhirnya semalam berjumpa juga comei dengan teman lama masa zaman2 remaja... aduhai rindunya.... rasanya lebih kurang 7-8 tahun kita tak berjumpa.... masing2 membawa haluan....

walau pun berjumpa hanya sebentar tapi cukupla untuk melepaskan rindu...
secara luarannya memang adeq tak banyak berubah melainkan nampakla sudah matang berbeza dari dulu yg kebudak-budakan tetapi dalaman akak tak taula pulak....

tahniah akak ucapkan, akhirnya adeq bertemu juga pilihan hati, doa akak buat adeq, moga pilihan hati adeq dapat membahagiakan adeq dunia & akhirat...aminnnnn...
cuma yang akak nak adeq ingat... walau kita kat mana sekali pun kita kena ingat asal usul, adat resam & budaya & yang paling penting agama kita....

hanya kita je yg tahu macam mana keadaan kita masa dulu2 & masalah yg kita tempuhi bersama... susah senang & berapa banyak air mata kita yg telah tumpah... Betapa sukarnya kita nak lupakan kisah2 itu & betapa susahnya kita nak meninggalkan teman2 lama semua...

Tapi syukur ALHAMDULILLAH, akhirnya berjaya juga....

Akak sebenarnya dah bertekad untuk tak mahu menitiskan air mata ni lagi, tetapi sejak jumpa adeq semalam, entah kenapa air mata ni mengalir dengan mudah... masa akak menulis ni pun air mata akak tak henti2 mengalir... Betapa berbezanya kita dulu & sekarang... SYUKUR dugaan2 yg menimpa kita telah mematangkan kita...

Kalau adeq tanya akak... adakah akak akan menghubungi teman2 lama kita itu.... jawapan akak TIDAK MUNGKIN..... tapi kalau satu hari nanti akak ada di tempat ITU, itu bermakna akak lakukan kerana anak akak KHAIRA... tentu adeq faham kenapa kan.......

Wei lupa nak cakap, maaf sebab masa adeq add akak kat fb tu akak reject..... ye la akak ingatkan minah saleh mana... akak terlupa lak nama sebenar adeq mmg ala2 minah saleh.... hahahahaha...

Akak harap sebelum adik berangkat ke US, kita akan bertemu lagi, semalam akak lupa nak ambik gambar sama... ye la kalau adik dah menetap kat kat sana, entah bila kita nak jumpa lagi.... ada masa jenguk2 la blog akak ni....

Satu lagi memori rambut palsu tu jgn sesekali lupa tau.... kenangan beb.......

Wednesday, July 28, 2010

POTONG RAMBUT...


semalam khaira potong rambut... dari rumah lagi khaira asik cakap "mama... adik nanak potong rambut" sambil merengek-rengek... tapi comei potong jugak sebab khaira ni bukan jenis budak yg nak ikat rambut, tak sampai satu minit comei ikat dah dibukaknya.... rimas comei tengok, dah la cuaca panas.... tengok, mukapun monyok je, nasib tak menangis..... Itu pun setelah ayah kata "kalau nak roti canai adik kena potong rambut dulu"... cehhhhh..... dah kena rasuah baru nak potong rambut.....

Bila dah siap, khaira asik tanya "mama, cantik tak adik.... ayah cantik tak adik..." sambil tengok cermin.... hahahahaha.... khaira sebenarnya dah kena badi Miss Mirror... asik nak tengok cermin je...
Lepas potong rambut tu kita orang terus pergi beli roti canai kat kedai mamak.... beli sekeping je. Kalau tak diikutkan mengamuk le nanti..... eh.... bukan comei kedekut tau beli cuma sekeping, comei & MrL sebenarnya dah makan kat rumah & dah jemu la, asik2 roti canai... entah kenapa la agaknya khaira suka sangat roti canai... celik mata je, mama nak roti canai, ayah nak roti canai...

Tuesday, July 27, 2010

TOLONG....!!!!!!!!!!


Rumah comei dah kena serang ni... aduhai banyaknya sawang...

Inilah bahana comei dah lama tak menjenguk rumah ni....Aduhai habuk jangan cakap la..tebal 5 inci...

Rasa-rasanya nak buang sawang2 & habuk yg tebal ni dengan apa ye....

Kalau boleh pencuci tu tahan lama la...hahahahaha.....


Kalau pakai penyapu ni ok tak?????
masa dulu2 comei & mak rajin cari penyapu lidi ni...habis motong getah je pergi kebun sebelah cari pelepah2 sawit yg org dah buang & ambik lidi2 ni buat penyapu... sekarang ni orang guna lagi ke penyapu lidi ni... tapi, rasanya kalau comei gunakan penyapu lidi ni pun tak cukup bersih rumah comei ni...

ha... kalau penyapu ni boleh tak... sekarang orang banyak guna penyapu ni... tapi comei rasa masih tak cukup bersih jugak la...

Ok sebentar... comei fikir nak guna apa ya....

yesssssss.... apa kata kalau....


comei panggil bomba je la bersihkan rumah ni... confirm bersih & berkilat kan kan kan....

Lepas tu bacakan yassin biar benda2 yg dot2 dot dot tak menepek kat sini...

Amacam idea comei ni..ok tak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails