Tuesday, August 3, 2010

ADUHAI...SIKSANYA...

Hujung minggu tadi comei balik kampung...

tapi...

sebelum comei buat entry pasal balik kampung tu comei nak cerita dulu pasal tren yg comei naik masa hari Jumaat lepas... sewaktu perjalanan pulang dari kerja....


Macam biasa comei akan menaiki tren dari KL Central...
Aduhai.... apa yg comei nak cerita ni pasal keadaan dlm tren ni...
Cuba tengok foto kat atas tu... tingkap terbuka... Itu bermakna aircond tak ada la... Nasib baik dia org bukak, kalau tak bukak... lemas le kita org kat dlm tu... Sebenarnya perkara dah biasa sangat berlaku...

mari comei zoom sikit ye.... secara kebetulan comei berdiri berhampiran tingkap ni, jadi dapatla udara sikit....tapi kalau mereka2 yg kat tengah tu... dah tentu2 tak ada tingkap yg boleh dibuka...

Oleh kerana perkara yg mcm ni la kekadang comei akan naik satu dua stesen lepas tu comei akan keluar di stesen seterusnya kerana terasa lemas & hampir pengsan... kalau comei tak naik tren ni bermakna setengah jam lagi (paling cepat) baru ada tren ke arah Rawang...


Dah la tren ni tak ada aircond, ya ampun punya la laju tren ni... melompat2 macam naik kuda pulak... rasa-rasanya kalaula comei tengah peknen, harus comei terbersalin kat dalam tren ni...


Bila kejadian macam ni berlaku teringat comei masa dulu2 masa naik bas mini... bas mini no 10... naik dari Bangkok Bank ke Selayang.....ohhh.. sungguh nostalgia.....


Pagi ni pulak sewaktu comei nak pergi kerja.. pengumuman... tren delay sebab ada kebel yg putus kat Rawang...

Aduhhhh.... akhirnya sampai office pukul 9.59 pagi... nasib boss tak ada...

dahla tren jalan macam siput... berhenti pulak lama antara Segambut-Putra... comei dah la nak terkucil... tahan je...saboooooo.......

1 comment:

mumyShaneQeisha said...

cian comei...boss takde, buat2 macam datang awal la ya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails