Monday, January 16, 2012

KENAPA..??????

Entry hari ni pasal cerita korea...

Tak kesah la kalau korang nak kutuk...

Yang penting comei hepi.....



Ini cerita yg comei tengah tengok... baru main 4 episod kat korea... Rasanya ada 16 episod kot semuanya..... Oleh kerana hero tu macho + hensem + jambu gigih la comei tengok kat youtube... Nak kata best sangat tak de la... biasa2 je... Rasanya banyak lagi cerita melayu yang lagi best... Tapi kenapa ye orang sekarang ramai yg pilih tengok cerita korea...contohnya comei la....

Alasan comei... tak tau la orang lain apa alasannya...


  1. Hero hensem + macho + jambu (penting untuk cuci mata)

  2. Cerita yg segar. Tak perlu pening2 kepala nak fikir2...

  3. Cerita yg simple & tak meleret2 sampai beratus2 episod...

  4. Pemandangan & latar belakang cerita memang cantik...mengikut musim...

  5. Hero & heroin bertukar ganti.. Tak de la tengok channel ni org ni channel sebelah pun org yg sama...

  6. sebab hero & heroin dia org paling banyak berlakon pun 2-3 drama je setahun... Mungkin dia org nak jaga kualiti & exclusive kot... Asyik muka yg sama jemu pulak ye tak.... tak ada la tengahari jumpa kat pavillion, petang jumpa kat KLCC & malam pulak semua channel muka dia...

  7. Banyak lagi sebab-sebabnya tapi takut ada yg berkecil hati pulak....huhuhuhuhu....

Bukan comei tak tengok cerita melayu ye.. ada jugak 2-3 drama melayu sekarang yg tengah on air comei tengok... Tapi pasal apa ye semua drama sekarang jalan cerita sama je... kahwin paksala..kahwin kontrak la... Bukan setakat cerita kat tv je macam tu, novel2 baru sekarang ni pun sama jugak... Mula-mula layan la jugak..best... Lama-lama bosan asyik cerita yg lebih kurang sama je...


Kalau comei nak tengok pun tengok pelakun dulu... (Nak tengok berdasarkan jalan cerita, dah cerita lebih kurang sama...macamana tu)


Ada org marah ke dengan entry comei ni... Kalau terasa maaf ye.... Ini pendapat comei je & rasanya sebagai penonton tak salah comei luahkan pendapat.

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Nasib kau kata ko minat crita Korea.. ada satu blogger tu kena hentam ramai blogger lain gara2 entrynya yg mengutuk cerita korea. Rupa2nya dia terfitnah, blog tu org lain yg create utk dia.

p/s : Aku pulak.. tak pernah tengok lg cerita korea sampai la skrg.. Alasan? Busy kot.. hehe.

comeisari said...

Bagus ko x terjebak... kalau sekali ko tgk nanti akan ketagih...

kalau boleh elak ko elak la ye... kakak aku nak tgk tanya hasben dia dulu, tapi hasben dia x kasi so dia x tgk la...

bukan apa takut semua keja terbengkalai.. kalau hasben ok x pe.. janji pandai bahagi masa...

satu lagi fanatic kpop ni mmg dasyat.. x leh kena kutuk...kalau kena habisla... aku x de la spi tahap kronik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails