Tuesday, June 1, 2010

CUTI PANJANG

Assalamualaikum....

Lamanya comei tak bersiaran...rindu betul....
Lebih kurang 10 hari comei tak bukak blog ni, semalam ada bukak sekejap tapi busy sangat jadi tak sempat nak update & menjengah kawan2...maaf saja yg dapat comei katakan selama 10 hari ni comei tak buat blogwalking...

Oleh kerana comei & famili tak berapa sihat sangat, jadi 21 Mei-24 mei comei ambik cuti untuk berehat saja di rumah..
25 Mei-27 Mei pulak comei bercuti di suatu tempat...
Cuti kat mana ya...
Jom kita layan gambar2 kat bawah...

di sinilah comei dan famili bercuti selama 3 hari 2 malam atas tajaan comei sendiri...Kami sebenarnya terpaksa bercuti di sini disebabkan keadaan Khaira yang tak berapa sihat sangat...

Tujuan asal kami ke sini adalah untuk berjumpa doktor pakar setelah lebih sebulan khaira tak baik2 dari batuk & selsema..

akhirnya doktor terpaksa menahan khaira di sini..nasib hanya 3 hari 2 malam saja...itupun comei rasa macam 3 tahun comei menjadi penghuni kat sini...

kesian khaira..lepas pasang jarum kat tangan & makan ubat terus tertidur..ahhh...sakit betul dada comei bila dengar khaira menjerit2 dalam bilik rawatan masa tangan dicucuk jarum..

tangan khaira yg dah dicucuk jarum untuk masuk ubat...nasib baik khaira tak meragam sangat...cuma menangis bila rawatan dilakukan...

nasib baikla kat sini ada tempat permainan...jadi kat sinilah khaira & comei melepak...kalau ada tetamu yg datang kat sini jugakla kita org lepak sebab khaira tak mahu duduk kat bilik. kita orang ada kat bilik hanya untuk tidur je, hinggakan nurse nak bagi ubat pun terpaksa cari khaira kat tempat ni...aduhhh...penat betul comei layan karenah dia....

tengok sakit2 pun nak main jugak...tapi puting & bear busuk tu tak lekang dari tangan....

ni sebelum kita orang balik. khaira lepak dulu dengan member2 dia kat dlm pondok..ada jamuan perpisahan la kono2nya...muahahahaha...
Apa ye menu utama makanan yg terhidang?????

laaaa.....makan keropok kentang rupa-rupanya...

Syukur Alhamdulillah khaira cuma terkena sedikit jangkitan kuman di paru-parunya & belum lagi diperingkat bahaya...Ujian darah & x-ray juga menunjukkan yg baik-baik je...Sekarang ni khaira dah semakin aktive. harap-harap tak akan ada perkara2 yg menakutkan comei berlaku.. nauzubillah....
terima kasih pada hospital pusrawi, doktor kamaruddin & nurse-nurse yg melayan kami dengan baik & ramah...harap2 lepas ni kita org tak akan menghuni tempat ni lagi...

5 comments:

nisa said...

Kesiannya kat Khaira.. Get well soon khaira..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ooo kesiannya Khaira.. tu la resa auntie ni mcm berkata2 Mama Khaira tgh dlm kesedihan...cuma nk call tu bertangguh2 je... moga itu la first n last uoll check in and check out di pusrawi tu...

comeisari said...

nisa, MM ye la harap2 ini yg first & last khaira masuk spital...rasa jantung ni nak terhenti je bila tgk anak sakit lagi2 bila dia menangis & menjerit bila rawatan diberikan...

air mata comei dah tak leh keluar masa tu...

Mama Miraki said...

laaaa..khaira admitted hospital rupanya...patut tengok lama tak bersiaran. harap terus sihat yea...

lovelylady - シングルママ said...

ciannye..hoping 4 her speedy recovery!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails