Tuesday, August 24, 2010

MALASNYA.....

Assalamualaikum.....

Apalah gaknya yg merasuk comei, malas betul nak update blog... lagi-lagi bulan puasa ni..letihla... otak pun macam beku semacam je....

Nak cerita pasal aktiviti harian comei..ala tak ada yg bestnya.. puasa macam hari2 biasa je tak ada beza... buat masa ni tak pernah lagi pergi bazaar ramadan... makan masakan kat rumah je..hujung minggu baru pergi berbuka kat luar..itu pun berbuka kat rumah kakak & adik je..

Nak tunjuk juadah berbuka...alamak seganla pulak... kita orang masak yg biasa2 je...
Tapi kalau korang perasan memang comei jarang bercerita pasal masak2.. seganla....

Ok la anggap je entry comei hari ni sebagai membuang sawang2 yg semakin menebal ni...

Semalam baju raya khaira dah siap... malam tadi sessi mengetest telah dilakukan... hepi betul khaira dengan baju baru dia..siap posing2 lagi...lepas tu tak nak bukak pulak tu..tidor pun nak pakai.. setelah puas pujuk + bohong2 sunat kat dia baru nak bukak... hehehehehehe...


tahun ni khaira buat 2 pasang baju raya.. sepasang sedondon dengan mama & ayah... sepasang lagi sama dengan mama je... ayah tak payah le buat baju raya banyak2...bukan pakai pun... seminggu sekali je nanti dia pakai waktu solat jumaat....

Eh baju yg sepasang lagi tak tunjuk ke??? mana boleh tunjuk semuakan.. tak surprise la... sebab baju yg sepasang lagi tu khaira nak pakai beraya kat rumah aunty MM...... biar aunty MM jeles... hehehehehe...

ermm.. mama kata pemandangan kat belakang tu abaikan ye.... mama kata dia malas nak kemas sebab mama kemas tak sampai 5 minit khaira dah sepahkan balik.. khaira nak kemas mama tak kasik pulak....

Friday, August 6, 2010

DAHSYATNYA FACEBOOK

Memang dahsyat...

Mana taknya...

Semenjak beberapa hari ni, ramai betul orang yg add comei di FB... nak reject nanti dia orang kata comei sombong pulak....

Pehhhhh... yg menjadikan dahsyat tu ialah mereka2 tu semuanya dari kampung halaman comei..kashmir yg indah & permai....

Kadang2 comei tak kenal pun tapi bila tengok2..la satu kg rupa2nya... ialah masa kat kg kita org bukan tau nama sebenar pun...sure ada panggilan manja.... kan... macam comei jugak...


Ehhh... kalau nama sebenar pun org kg comei kenal comei ye... sebab comei ni kan artis.... wahhhh perasan nihhhhh....(comei dulu kat kg agak glamour muahahahaha..perasan lagi ni)

Contohnya macam semalam, tiba2 je ada hamba ALLAH ni bagi salam kat chatbox tu...

Puan J : hai YYY (nama sebenar comei) apa khabar? duk mana skrg?

comei : baik... siapa ye? saya kenal ke? satu kg ke?

Puan J : ko tak kenal aku lagi ke? aku XXX (nama gelaran dia kat kg) dulu masa balik sekolah kita main sama2

comei : ?????????? puas comei fikir akhirnya ingat jugak walau pun agak kabur...hahahahaha...

(Sebenarnya Puan J adalah senior comei sbb tu agak kabur sikit... kalau teman sebaya sudah pasti comei kenal & comei gelarkan rakan hingusan)

Dan seterusnya kita orang borak la sekejap, ye la masa tu comei pun dah nak balik kerja.....

Buat teman2 & orang2 kampung comei, comei minta maaf banyak2 kalau comei tak kenal atau ter reject kat FB tu..... ye la dulu2 kita selalu guna nama gelaran je... & terlupa nama sebenar... tapi ada jugak yg comei reject lepas tu dia org bagi msg perkenalkan diri.....maaf sekali lagi ye... maklum comei ni pun dah nak senja, ingatan pun dah terbatas... Lagi pun dah 20 tahun comei tinggalkan alam persekolahan kat kg tu....

Terfikir sejenak...

Betapa canggihnya sekarang... dengan kemudahan IT, teman2 yg dah lama tak berjumpa pun boleh ditemui.....

Betapa bangganya comei bila melihat org2 kg comei dah maju & celik IT... Kadang2 malu juga comei yg duduk di kota metropolitan & bekerja di foreign company tapi masih kerdil dlm bidang teknologi moden ini...

**** pstttt itu belum X X boyfriend (lebih dari satu) masa sekolah dulu yg add comei kat FB.... tak kan comei nak reject kot... cinta monyet je...kisah dulu, dulu punya cerita... sekarang masing2 dah ada keluarga & kehidupan sendiri.... tak kan MrL nak jeles & isteri2 dia orang nak jeles kot.... itu semua kan kenangan yg terindah.....

Wednesday, August 4, 2010

BALIK KAMPUNG...

Seperti yg dijanjikan hari ni comei nak menulis berkaitan balik kampung pada minggu lepas..
Sebelum ini comei selalu kata dah lama tak balik kampung..last comei balik kampung hari raya tahun lepas... tapi kalau anda mengikuti blog ini pasti akan berkata.. bukan ke bulan April 2010 comei ada balik kampung... tengok entry ini, ini dan ini

Ya, memang betul comei ada balik kampung, tapi comei hanya balik ke kampung MrL & tidak balik ke kampung comei.... Kita org balik pun atas urusan keluarga MrL....

Sebenarnya kampung comei & MrL berdekatan... satu pekan cuma kampung je berlainan arah...

Comei bukannya lupa diri atau tak nak balik kampung, tapi memandangkan tak ada sesiapa di kampung itu yg susah sangat nak balik, MrL pun dah tak ada org tua lagi... Mak comei pulak dah menetap di rumah anak2 di KL...

Rindu memang la rindu nak balik kampung... tapi nak buat macam mana...

Konon2 nak pecahkan rekodla tak nak balik kampung comei sampai hari raya ni... tapi tak boleh pulak, sebab mak comei dah ajak balik kampung....nak tengok2 rumah & lagi pun raya kan dah nak tiba.... Tapi hari raya tetap akan disambut di kampung... Gilerrrr nak beraya kat KL ni.... Hari Raya tak ada maknanya kalau tak balik kampung.... Sorry pada sesiapa yg tak ada kampung ye...

Khaira Happy betul dapat balik kampung... ye la tempat untuk dia berlari2 luas tak macam kat rumah dia yg sekangkang monyet tu.... Aduhai gambar2 memang tidak memuaskan comei sebab bukan comei yg ambil... MrL yg ambil & ni semua dari kamera hp MrL.... tak pe la janji ada gak gambar... Comei pulak tak sempat nak ambil gambar... kenapa???????? Ni gambar dari bahagian tepi rumah... Rumah yg semakin usang kerana ditinggalkan...

Khaira bersama sepupu2 yg balik jugak... Nurfarah Humairah & Muhamad Ariff Hafizi... Ni motor arwah abah comei... dah 10 tahun ditinggalkan....masih boleh digunakan lagi... biasanya hari raya adala yg menunggangnya.... motor letak dalam rumah sebab kalau letak kat luar takut pulak ada yg mengambilnya....
pokok2 kelapa sawit yg menghijau di sekeliling rumah... nyaman je... sejuk mata memandang... semua ni dah upah kat org untuk menjaganya...

Rasa tak puas balik kampung, tapi nak buat macam mana... bandar BP pun tak sempat nak di jengah, cuma dapat pergi ke pekan medan je.... itu pun sekejap sebab hujan.... yg bestnya dapat jumpa rakan hingusan... cikli & rombongan cik kiah...hehehehehehe....
pukul 4.30 ptg kita org bertolak balik ke KL... aduhai sepanjang perjalanan hujan renyai2.. khaira masuk kereta je terus tidor...penat sangat bermain dgn sepupu2 dikampung sampai tak cukup tidor....

kenderaan di highway memang banyak... rasanya macam esok nak raya pulak... jalan jem tu sudah pastila.. setiap perhentian R & R pun penuh.. nak masuk toilet pun beratur punyala panjang... Dah la kita org asik menyinggah je... maklum hujan... sejuk... tu yg asik nak terkucil je..
Sampai Kelana Jaya lebih kurang pukul 9.30 mlm... hantar mak dulu, sebab mak tinggal kat rumah adik... pukul 10.00 mlm baru bertolak balik ke rumah comei di BTP... sampai BTP hampir pukul 11.00 mlm tapi singgah dulu kat kedai beli burger...lapar la pulak sejuk2 ni... sampai rumah 11.00 mlm.... penat sungguh...
Penat, sebab lama sangat perjalanan tu... dari pukul 4.30ptg sampai 11.00mlm.. kira je la berapa jam... biasanya Kg ke BTP tu paling lama pun 4 jam je... Nasib baik lebih separuh perjalanan khaira tidur, kalau tak asik bergaduh je la comei dgn dia dlm kereta....

Tuesday, August 3, 2010

ADUHAI...SIKSANYA...

Hujung minggu tadi comei balik kampung...

tapi...

sebelum comei buat entry pasal balik kampung tu comei nak cerita dulu pasal tren yg comei naik masa hari Jumaat lepas... sewaktu perjalanan pulang dari kerja....


Macam biasa comei akan menaiki tren dari KL Central...
Aduhai.... apa yg comei nak cerita ni pasal keadaan dlm tren ni...
Cuba tengok foto kat atas tu... tingkap terbuka... Itu bermakna aircond tak ada la... Nasib baik dia org bukak, kalau tak bukak... lemas le kita org kat dlm tu... Sebenarnya perkara dah biasa sangat berlaku...

mari comei zoom sikit ye.... secara kebetulan comei berdiri berhampiran tingkap ni, jadi dapatla udara sikit....tapi kalau mereka2 yg kat tengah tu... dah tentu2 tak ada tingkap yg boleh dibuka...

Oleh kerana perkara yg mcm ni la kekadang comei akan naik satu dua stesen lepas tu comei akan keluar di stesen seterusnya kerana terasa lemas & hampir pengsan... kalau comei tak naik tren ni bermakna setengah jam lagi (paling cepat) baru ada tren ke arah Rawang...


Dah la tren ni tak ada aircond, ya ampun punya la laju tren ni... melompat2 macam naik kuda pulak... rasa-rasanya kalaula comei tengah peknen, harus comei terbersalin kat dalam tren ni...


Bila kejadian macam ni berlaku teringat comei masa dulu2 masa naik bas mini... bas mini no 10... naik dari Bangkok Bank ke Selayang.....ohhh.. sungguh nostalgia.....


Pagi ni pulak sewaktu comei nak pergi kerja.. pengumuman... tren delay sebab ada kebel yg putus kat Rawang...

Aduhhhh.... akhirnya sampai office pukul 9.59 pagi... nasib boss tak ada...

dahla tren jalan macam siput... berhenti pulak lama antara Segambut-Putra... comei dah la nak terkucil... tahan je...saboooooo.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails