Thursday, March 19, 2009

kenangan lalu

tiba-tiba saja comei terkenangkan kisah 2-3 tahun lalu, kejadian ini berlaku dalam bulan december 2006...jeng jeng jeng....

tak de suspen pun...kisah ni mengenai majlis perkahwinan comei....
setelah lama merancang maka kami sekeluarga telah bersepakat untuk menjadikan 23 december 2006 sebagai hari bersejarah buat comei.....

oleh kerana ianya hari bersejarah maka terjadilah sejarah yang tidak akan comei lupakan untuk seumur hidup...hehehehe......

kira-kira seminggu lagi majlis perkahwinan berlangsung comei sudah mula bercuti untuk membuat persiapan di kampung...alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
tapi.....jeng jeng jeng...

beberapa minggu sebelum tu di kampung musim hujan telah melanda.... kira-kira 3-4 hari sebelum berlangsung majlis hujan turun tidak berhenti-henti...rasa berdetik juga hati comei akan ada benda tak baik berlaku tapi comei buangkan perasaan risau tu mungkin kerana nak menjadi isteri orang tu yang membuatkan hati comei risau je...lagi pun tak mungkin kata comei akan berlaku banjir sebab sudah 20 tahun banjir tidak melanda kampung...

hah...kan betul perasaan comei tu..pada pagi rabu comei tengok keliling rumah sudah dipenuhi air...comei masih berfikiran positif lagi dan berdoa agar hujan berhenti...tapi hujan tetap berterusan....air makin lama makin naik...macam mana ni....
Oleh kerana hujan yang masih berterusan, maka comei redha je apa yang akan berlaku...pasti ada hikmah disebalik kejadian ini...

Pada hari Jumaat 22 december 2006 comei dan orang-orang kampung telah berpindah ke pusat pemindahan banjir.....oleh kerana kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan darat, maka pihak berwajib telah mengarahkan kami menaiki lori askar yang mengangkut orang ramai berpindah ke tempat yang lebih selamat...hehehehe...syok jugak merasai pengalaman itu setelah 20 tahun tidak mengalaminya.....

lori askar yang membawa kami ke pusat pemindahan banjir

anggota keselamatan membantu kami

anak buah comei makan di pusat pemindahan

bangsal majlis perkahwinan

periuk belanga yang terapung

pelamin yang tidak sempat dirasmikan

tapi walau bagaimana sekalipun majlis pernikahan tetap dijalankan...hehehehe..pernikahan kami ala-ala kahwin cowboy je.....memang kenangan yang terindah....tidak ramai manusia di muka bumi ini merasai sepeti mana yang aku rasakan....

akhirnya.......di sebuah masjid di pekan terapung....

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Comei upload gmbr pengantin kat sini.. Selamat Pengantin Baru (eh baru la tu). Eh bukan MM la yg dari negara2 tu... Ko ni main tuduh2 je... Ko ingat aku ni TERCELIK IT sgt kerr sampai bleh adjust2 bendera JB aku jd bendera Israel plak..

comeisari said...

eh aku x tuduh ko la saje tanya je...hehehehe kita kan dah celik it mana ada buta lagi...pengantin amoh la....

mamat said...

hahahahaha kita serupa, cuma aku belum dirikan bangsal dan ambik periuk, kebetulan org umah aku kat muo jadi kesampaian juga majlis aku, tapi kat pt terus tunda bulan 3, hahaha tarikh nikah sama rupanya, lain tahun bleh sambut anniversary sama2 hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails