Tuesday, March 3, 2009

Persedia Awal

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya comei tak membebel di ruangan ini...
Seperti yang comei katakan comei agak sebok buat masa ini...Tapi dalam kesebokan comei ni, comei terpanggil untuk berkongsi cerita, apa yang comei baca dalam akhbar Utusan Malaysia pagi tadi. Mengenai kes penceraian sekarang ni...Agak menakutkan....
Jadi comei copy paste keratan akhbar tu ye, mana tau anda tidak sempat membacanya di akhbar...

KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.

‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak.

‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya.

jadi nasihat comei (dan comei nasihat diri sendiri juga)sebagai seorang wanita kita perlu persediaan untuk menghadapi perkara-perkara begini...bukan kita pinta tapi kalau dugaan itu datang kita terpaksa menghadapi juga....semua datang dari yang Maha Esa jadi kita kene redha menghadapinya...

Persediaan yang comei maksudkan ialah seperti kewangan/simpanan...
Ya la masa kita bersama bolehla suami tanggung kita, tapi kalau tergadi begini macam mana tu...Lagi-lagi kalau yang menjadi surirumah sepenuh masa...kesian comei tengok wanita-wanita yang hanya bergantung 100% pada suami saja....kalau tak kuat iman boleh jadi gila nak meneruskan kehidupan...lagi-lagi dalam keadaan ekonomi tengah gawat ini....

Jadi dengan itu comei cadangkan pada wanita-wanita di luar sana untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai sandaran sekiranya dugaan itu terkene pada diri..

Apa kata anda joint comei dalam BUSINES NI, keahlian percuma, tak perlu berjumpa orang ramai untuk mencari downline (hanya di depan komputer saja) dan apa yang perlu anda cuma sebarkan website anda kepada rakan-rakan....

Selain itu anda juga boleh menikmati barangan yang bermutu tinggi yang semuanya direka khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Selama ini kita hanya mendengar tentang barangan untuk lelaki sahaja tetapi dengan teknologi sekarang barangan perempuan juga boleh kita perolehi...jadi bagi wanita-wanita yang sayangkan suami tu belila product-product tu ya...

Kalau segan anda boleh order sendiri di laman web..

cara-caranya

* daftar di www.bio-asli.com/?id=sarinah
(automatic anda telah menjadi ahli)
* order barang dlm web anda sendiri
* bayar
* tunggu posmen hantar dpn pintu rumah

Pada sesiapa yang masih ragu-ragu boleh hubungi comei di comeisari@gmail.com

wassalam...

1 comment:

SAM said...

Surirumah atau "Mem Besar" di dunia moden hari ini memang perlu membuat simpanan sendiri. Tak kiralah sama ada takut berlakunya penceraian atau sebagai satu "alternative" lain untuk masa-masa kecemasan seperti suami hilang sumber pencarian misalnya, sekurang-kurangnya isteri dpt meringankan beban tersebut.

WANITA PERLU KUAT.. itulah moto yg perlu ada bagi tiap wanita moden hari ini. Kuat berusaha, kuat menghadapi apa saja cabaran yg mendatang. Jika kita dapat meringankan bebanan orang lain (apatah lagi suami, Allah pasti akan "membayar" semula dengan meringankan bebanan kita di masa akn dtg. Tambahan pula bisnes ini tidak memerlukan kita berjumpa orang, menghadapi mesyuarat. Bagi yg ada anak, mereka masih dpt melihat anak2 membesar di depan mata.. dan dlm masa yg sama melihat income mereka bertambah dari sehari ke sehari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails