Thursday, March 12, 2009

kisah di sebalik kehilangan comei

Assalamualaikum...

Dah lama betul comei tak menulis di ruangan ni...comei agak sebok sikit...Hujung minggu lepas balik kampung sebab anak buah sebelah suami kahwin....letih sungguh...letih bukan kerana menolong tapi letih sebab cuaca yang terlampau panas....Oleh kerana terlampau panas nak ambik gambar pengantin pun terlupa...hehehehe lawak kan...Itu tak lawak lagi...yang lebih lawak apa tau...walau pun comei tidur di rumah pengantin tapi bilik pengantin pun comei tak jenguk hehehehe......nasib baik pelamin kat luar rumah, jadi dapatla tengok...kelakarkan....

Ala..... lagi pun anak comei si Kyra tu asyik merengek je, dia tak biasa berpanas. Sebab dia dah biasa tidur pakai aircond...jadi comei pun apa lagi duduk je kat luar rumah ambik angin yang original....lagi satu kat rumah tu tak ada buai, apa lagi melalak je la si Kyra sebab tak cukup tidur.....nak bawak buai sendiri kereta pulak tak muat. Al maklum kereta kita kecik je....Oleh kerana dah tak tahan sangat lepas majlis habis, selepas maghrib comei pun bertolak balik ke rumah emak di kampung....

Sampai rumah emak pulak, emak tengah sakit, agak teruk...memang kalau ikutkan comei balik kampung tu nak bawak mak ke KL sebab nak buat check up kat hospital..macam biasala.....Pagi-pagi comei bagun tidur je terus check kandungan gula dalam badan mak..memang tinggi...32.5....suruh makan ubat tak mau, injek insulin tak mahu...tak tau lagi macam mana comei nak kata....tapi nak makan semua yang manis-manis je....

Comei pujuk-pujuk mak ikut ke KL, mak tetap berkeras tak mahu pergi walaupun keadaannya teruk...Oleh kerana mak tak boleh dipujuk comei terus call adik comei...Biasanya mak akan dengar cakap adik bungsu comei ni...almaklum anak lelaki tunggal...Entah apa yang dibualkan comei pun tak pasti..adik comei kata tak pe la kalau mak dah tak mau pergi KL nak buat macam mana...kalau ada apa-apa dia akan balik kampung ambik mak....Jadi lepas zuhor comei & family terus balik KL....Tak sedap betul hati comei nak tinggalkan mak seorang diri kat kampung dalam keadaan mak macam tu...kakak comei memang ada yang dekat rumah mak tapi secara kebetulan kakak pulak pergi ke JB..balik agak lewat pada hari tu....

Sepanjang perjalanan comei dari Kampung ke KL hujan tak berhenti...sejuk giler...suami comei asyik berhenti je di perhentian sebab nak membuang....Dah le sebelum tu panas ya ampun.....dugaan.....Oleh kerana asyik berhenti je sampai rumah pun lambat...

comei sampai depan rumah ketika azan maghrib berkumandang.......Belum pun habis barang dalam kereta dibawa masuk handphone comei berbunyi.....kakak comei kat kampung call....."*** (nama gelaran comei) mak sakit tenat ni, badan mak dah panas sangat ni....bla bla bla......." suara kakak comei agak cemas....comei panik la...baru sampai dah dpt berita tak baik....comei terus call adik tak dapat pulak...rupanya tengah solat....pukul 8 mlm baru dapat contact adik...malam tu juga adik balik kampung dengan kakak (kakak comei yg kat shah alam) .....Nasib baik kakak ada kat kampung(comei ada 4 kakak ye) ...dia bawak mak ke klinik dulu sementara tunggu adik sampai...jauh tu dari KL ke kampung...kalau laju 3 jam baru sampai tapi dalam cuaca hujan mana mungkin boleh memandu laju....pukul 2.30 pagi baru adik sampai kampung...rupanya kandungan gula dalam badan mak terlampau tinggi hingga mesin pun tak boleh nak baca...ini kejadian kedua berlaku, sebelum ni berlaku dalam tahun 2004, ditambah pulak darah tinggi yang terlampau tinggi...hinggakan mak tak boleh melihat.....

Jadi esok paginya mak terus di bawa ke KL sebab mak biasa dirawat di Universiti Hospital...Lagi pun hospital tu dekat dengan rumah adik beradik comei....belum pun sampai hospital mak dah pengsan......tak pernah pulak terjadi macam ni...panik jugak bila kakak call cakap mak dah tak sedar.....rupanya bila pihak hospital check...gula dalam badan terlampau rendah dan tekanan darah juga terlampau rendah...

Alhamdulillah....comei sampai hospital, mak dah sedar dan mula dapat melihat sikit-sikit...dan sekarang ni sudah ada selera makan....Tapi walau macam mana pun kami adik beradik masih lagi memantau kesihatannya...keadaannya masih belum stabil..sebab jantungnya lemah...Kakak sulong comei yang di Kota Masai sekarang ni dalam perjalanan ke KL..sebab mak asyik bertanya dia saje... selagi mak masih bernyawa apa salahnya korbankan wang ringgit dan masa...Kalau apa-apa berlaku kita juga yang menyesal....

itu la kisah benar yang berlaku pada comei minggu ini...bukan sengaja tak mahu nak menulis di ruangan ini...
Jadi doakan la yang baik-baik untuk mak comei ye....amin....


2 comments:

Anonymous said...

Insiden mak Comei tu sama la yg berlaku pada bonda mertua MM minggu lepas. Mcm berjanji2 pulak nk sakit ya. Pengsan dan 4 hari kat hospital minggu lepas. Alhamdulilah semuanya dah OK dan selamat skrg ni. Kami sekeluarga pun cemas mcm yg Comei hadapi tu la.. dah la tu mlm sebelum tu MM mimpi buat kenduri besar2an.. maunya MM tak cemas.

MM doakan semoga mak COMEI sihat. Betul kata COMEI, utk kedua ibu bapa atau ibu bapa mertua ni.. jgn la kita berkira sgt pasal duit.. selagi hayat mereka masih ada, kunjungilah mereka. Doa mereka selalunya makbul. MM pun nasihatkan diri MM ni.

Anonymous said...

tabah dan terus tabah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails