Friday, January 29, 2010

Mari Bercerita-Part 1

Di suatu petang yg indah aku telah dikunjungi seorang teman lama yg juga rakan serumahku beberapa tahun yg lalu……kedatangannya agak mengejutkan aku kerana rasa2nya dah 3 tahun kami tak berhubung. Kami terputus hubungan setelah dia mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hati. Tahu pula mencari aku kerana aku telah berpindah dari rumah lama. Melihat raut wajahnya aku tahu dia didlm kesusahan..bila ditanya terus menangis…

XX : kak boleh tolong XX tak? XX memulakan bicara…

Aku : Tolong apa?

XX : boleh tak XX tumpang 2-3 malam kat rumah akak ni? Saya tak ada tempat berteduh sekarang kak…

Aku : suami XX mana ? anak mana?

XX : dengan tersedu2 XX bercerita….anak ada kat kampung dengan mak kak..suami entah tak tau kat mana…

Aku : Ya ALLAH…apa dah jadi ni XX? Kenapa tak nak balik rumah je…

XX : kak kami dah kena halau dari rumah sewa masa malam raya kak…akak bayangkan malam raya mana kami nak pergi….

Aku : kenapa jadi macam tu..

XX : saya ingatkan suami saya dah bayar sewa rumah tu..rupa2nya dah 4-5 bulan tak bayar..tuan rumah marahla....

Aku : tak pe la XX dudukla sementara waktu ni kat rumah akak…tapi faham2 la rumah akak ni rumah bujang & akak kongsi dengan member2..

Setahu aku, dulu masa XX tengah hangat bercinta, bukan main sayang lagi pakwe dia…Kalau XX nak apa saja pasti diturutkan….minta je la apa pun...macam kilat terus dapat...Memang diketegorikan mewahla jugak XX ni sebab pakwe tanggung beb. Aku & member2 yang lain hanya menonton sajala..maklum pakwe kita org ni tak pernahla manjakan kita org maçam tu sekali.....kadang2 jelous juga..tapi dah rezki masing2...

Malam tu XX bercerita lagi dengan aku kisah hidup dia selepas menjadi isteri mamat (bukan nama sebenar)

Aku : maçam mana boleh jadi macam ni XX. Dulu akak tengok korang bukan main mewah lagi...

XX : kak sebenarnya mamat tipu saya kak...masa kahwin dulu saya mintak hantaran RM10 ribu, dia ok kak..kiranya apa saya nak semua dia sediakan....Rumah sewa pun dah disediakan &
lengkap dengan perabot yg saya nak.

Aku : jadi, apa yang dia tipunya...

XX : Kak first day saya bekerja setelah satu minggu cuti kahwin….ada bebarapa orang tunggu kat luar bangunan tempat saya kerja…

Aku : pasal apa????

XX : rupa-rupanya mamat pinjam duit along masa nak kahwin tu..perabot2 kat rumah tu pun dia hutang kak….jadi along tu cari saya sebab dia orang tak dapat cari mamat…sejak hari tu sayalah yang tanggung semuanya…termasuk hutang2 mamat…mamat sekarang tak kerja..sebab tu anak saya tinggal kat kampung sebab saya tak mampu…keluarga kat kampung pulak suruh saya minta cerai..saya tak nak…

Aku : Astaghfirullah…..

Selepas beberapa hari XX bermalam di rumah aku, XX meminta izin untuk pulang ke kampung…Sampai kehari ini aku tak pernah jumpa dia Cuma ada terdengar berita mengatakan dia dah bersama suaminya semula dan mendapat seorang lagi cahaya mata…

Alhamdulillah kalau betul suaminya sudah berubah sikap..mudah-mudahan berbahagiala XX dan mamat selamanya…

***adakah cerita benar atau rekaan semata-mata...
"LU PIKIR LA SENDIRI"

6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

semoga menjadi pengajaran kpd gadis2 di luar sana.. Kita jgn mudah terpedaya dgn material semata2..
Sungguh menarik cerita kwn ko ni Mei... thanks kongsi pd kita semua

comeisari said...

hidup bagaikan roda

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ya betul jugak tu... sbb tu masa kita senang jgn eksen dgn org.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

eh tp aku bukan nak mem"padanmuka"kn kwn ko tu... maksud aku..sapa2 je la..

comeisari said...

bersyukur kita x jadi mcm ni & berdoalah agar kita x akan menerima dugaan sebegini

khai said...

nie cter lama ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails