Tuesday, March 23, 2010

HANGIN SATU BADAN

Hangin betul comei hari ni
mana taknya
hari ni naik tren macam biasa
sampai KL Central 8.30 pagi
terus pergi ke LRT putra station
manusia punyala ramai...
lebih ramai dari biasa...muahahahaha...
ok boleh terima lagi la...

ooooooo...patutla ramai tren reschedule rupanya...
adalah yg tak kena ni...
2 tren depan comei terlepas sbb ramai sgt manusia hingga comei tak leh nak masuk
ok tren ke 3 comei masuk....
alamak pasal ni setiap stesen kena berhenti 10 minit...
sampai je Masjid Jamek ....ambik ko...20 minit berhenti
dah la bersesak2..tup2 selepas 20 minit lemas dlm tu..
pengumuman...
lebih kurang macam ni le....

"TUAN2 & PUAN2 ANDA DIMINTA KELUAR KERANA TREN INI TELAH DITAMATKAN PERJALANANNYA"......

mak ai....dah la dari KL Central Ke Masjid Jamek dah lebih 1/2 jam
ni nak kena keluar pulak.
biasanya lebih kurang 5 minit je...
hangin tak hengat aku...
tengok jam dah 9.30 pagi...
terus keluar cari Star LRT la...
ah...aku pun dah pening...tak biasa naik Star...
mana stesen aku nak pergi..
aduhai aku nak gi Hang Tuah Stesen ni...
la apasal lak aku gi Sentul Stesen...
ahhhhhh.....panas.....
keluar balik....

Ok dah sampai Hang Tuah
naik pulak monorail
aku tak gemar tul naik monorail ni
terkedek2..terlompat2 mcm naik kuda pulak...
ok sampai Raja Chulan...turun
jln kaki lak nak ke opis..
last sampai opis 10.10 pagi...
muahahahahaha...
wo boss dah sampai..
comei buat dek je kat boss...

sampai opis Mr L call...
Khaira demam balik..
waaaaaaaaa....

*sebenarnya kalau nak naik teksi boleh je...tapi merempuh jem tak hengat la pulak..
& memandangkan dlm dompet comei ni hanya ada RM10 je terpaksa la turun naik tren
nasib ada touch & go
hehehehe.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails