Thursday, February 25, 2010

JALAN-JALAN MALAM HARI

malam tadi comei & famili pergi pasar malam...lama rasanya tak pergi..sebenarnya malas nak pergi sebab khaira kalau dah lepas tak larat comei & hubby nak kejar...oleh kerana malam tadi dapur tutup kerana tahap kemalasan dah tahap kronik, pergi jugakla membeli makanan...

banyaknya tudung...rambang mata. tapi tak beli pun...tak sempat nak tengok...bila comei nak pegang je...."mama cepat"...jadi apa boleh buat, buat tak nampak je la tudung2 ni semua...hehehehe..bagus gak bawak khaira ni sebab tak la comei asyik membeli je...selamat duit....
cantik selipar2 ni berwarna warni...selipar jepun yg dah dimodenkan

dah boleh balik...sebab khaira dah dapat apa yg dia nak...kalau tak beli mengamukla dia..
Eh lupa lak nak ambik gambar apa yg comei beli....hehehehe...maklum baru belajar 2 jadi mamarazi...

...khai sebenarnya acik tak larat nak masak gara2 siri bercakap dgn jin tu.....hehehe...abah pun dah pandai ckp dgn jin tau.....

Tuesday, February 23, 2010

dairi khaira dihujung minggu - part 4

12.30 tengahari..
oooooohhh.....ayah & mama gi rumah mak teh ye...oooo...nenek pun ada kat sana...ops...birthday ateh hari ni...sori ateh...khaira tak bawak hadiah....birthday ateh yg ke berapa ye....

kek ni disponser oleh aunty gee...cedap tau kek ni...rasa masam2 manis....

Mak Teh & uncle Bad...semoga bahagia dunia & akhirat...amin....

makanan pun dah nak habis ni...ada spegetti, laksa, nasi & macam2 lagi la....
ni peti sejuk baru ateh...besar giler...bukan khaira je boleh masuk...mama & ayah pun boleh masuk jugak...hehehehe...dlm ada apa ye.....
gara2 mak teh buat ais krim banyak sangat...khaira pun 2-3 batang makan....jgn ko demam sudah....
abang long a.k.a khai pun makan cekim gak...mcm budak2 la...
abang Firas pun makan cekim....
ni dah kira sudut gossip...mak uda a.k.a mama kepada khai..bergossip dengan ucu...
apala gaknya yg digossipkan oleh mak uda, mak teh & aunty gee ni ye...

ni 2 anak dara ni asik bertenet je...tak habis2 cerita korea...

Intan Nur Qalesya...baru 1 bulan lebih usianya

ai...orang sebok2 pun masih boleh main masak2...ini Intan Nur Karmila...

abang ngah (adik khai)...nama glamer...chewan...prinsip hidup..."awek ibarat bola...rasa ok bwk sampai gol...rasa tak ok pas je kat org lain"....
ni dia 2 jejaka yg perasan macho..awek keliling pinggang.

dia org ni tgh khusyuk mendengar gossip2 terkini & sensasi

adoi ada lak yg cedera...siap urut2 kaki..
sebenarnya ada byk lagi gambar2 yg mama ambik tapi mama kata pening kepala nak susun kat sini...abang long ajar mama mcm mana nak letak gambar tu pun...mama kata mama tak leh buat..apa la mama ni...
6.00 petang
kita orang pun balik dari rumah mak teh...dlm kereta khaira tidur sampai rumah sbb penat sgt main dengan abang2 & kakak2

dairi khaira dihujung minggu - part 3

Ahad 21/02/2010
8.00 pagi...

yeeee......hari ni ayah tak kerja...hari ni ayah janji nak jalan2...kita orang sarapan kat luar je...mama kata hari ni dapur tutup....

10.00 pagi...
ala...ayah ajak pergi pasar je...leceh tul la...bau bucuk tau...ayah & mama nak beli barang yang nenek pesan...

eh....apasal ayah & khaira diam je ni..khusyuk betul..tengok apa tu....
ohhhhh....ada lion dance...khaira takut tau...tapi best....

habis lion dance baru khaira balik...tapi ayah kata kita tak balik rumah...nak gi mana ye....

dairi khaira dihujung minggu - part 2

9.00 pagi..
khaira sarapan nasi lemak...ayah beli sebelum pergi kerja...mama kata malas nak wat sarapan sebab nanti semua tak nak makan masakan mama....(sebenarnya mama masak tak cedap)..lupa lak khaira nak ambik gambar nasi lemak yg ayah beli tu...

9.30 pagi...
eh... tengok mama tengah sidai kain tu...haaa....khaira nak tolong mama la...
nak bodek mama ni...sebab mama kata kalau khaira tak noti mama & ayah nak bawak jalan-jalan....
mama sidai kain kat balkoni...ish..mama ni sakit mata tengok pemandangan ni la...
dah siap sidai kain baju apa lagi khaira macuk la dlm bakul ni...biar mama pening kepala tengok...hehehehe..jgn la mama marah ye...cayang mama...

11.30 pagi.....
penat betul tolong mama...tidur la dulu..mama nak masak sebab ayah pukul 12.00 nak balik makan tengahari....
alamak....khaira tidur sampai pukul 1.00 petang...waaaaa....ayah dah pergi kerja semula...apasal ayah tak kejut ni...khaira nak bagitau ayah...tadi mama pukul bontot sebab mama kata khaira noti...huhuhuhu.....
bangun tidur khaira tengok tv jap pastu mama bagi makan...emm...mama masak tak sedap...khaira makan sup & ayam goreng je....
4.00 petang...
mama wat jemput2 kesukaan khaira...khaira nak tengok mama wat kuih la....

mama wat jemput2 kentang....bestnya...cedap tau....

tu dalam kuali ajaip mama...

yeee.....khaira dah boleh mamam....

dairi khaira dihujung minggu - part 1

sabtu 20/02/2010
8.30 pagi
ishh...wat apa gaknya harini....boring tul la..mama je kat rumah..mama selalu je busy...nak kemas rumah la..masak la...ayah lak kerja...khaira tak de kawan ni...
nak tengok upin ipin, cd dah rosak...barney..dah bosan...nak tengok kartun pun dah bosan.....
jap pikir dulu nak wat pe...esok ahad....nak ajak mama & ayah jalan la....kena pikir ni...macam mana nak bodek mama & ayah.....

Friday, February 19, 2010

PERINGATAN DARI PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan
anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes
kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum
mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke
atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru
mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku
di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,
kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan
balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam
rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet
no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua,
setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara
anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat
kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone
anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini
memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri
di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya.
Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor
tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila
malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang, sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka
dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru
dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya
masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab
ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya
berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat pertahankan
diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri
dah lama tau taktik ni....). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru, kerana mungkin
penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

* terima kasih pada norie yg menghantar email kpd comei...rasanya elok comei letak je dlm blog ni untuk panduan bersama...

Thursday, February 18, 2010

Keberkatan Surah Al-Ikhlas


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S..A.W yang bermaksud:
Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran Pahala membacanya.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW :
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
  • Sedekah/amal jariahnya,
  • Doa anak-anaknya yang soleh dan
  • ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, February 17, 2010

cuti yang........

hari ini comei dah mula bekerja setelah 4 hari bercuti sempena CNY.....

masih tak banyak lagi kerja mungkin ramai lagi yang masih cuti..boss comei pun masih cuti... & kat department comei ni hanya comei seorang je yang bekerja.. oleh kerana tak ada kerja nak buat..(sebenarnya ada) comei merayau le dari satu blog ke satu blog....

hemmmm....

masing2 menghabiskan masa dengan makan angin....MM pun baru balik dari holiday...bestnya...

ke mana comei pergi....???

comei sebenarnya balik kampung tidak & makan angin pun tidak...cuma comei makan nasi je kat rumah...hehehehe..kira makan le jugak...

eh...kata makan nasi je...ni makan ais krim....ini je la yang mampu mama & ayah bagi sayang....


nak cekim ni....cedap tau....



amboi sopannya anak dara mama...macam wanita melayu terakhir....

Friday, February 12, 2010

baca ye....

Artikal ini diambil dari Harian Metro

TERINGAT penulis ketika memulakan sesi pengajaran di sebuah kelas apabila mengemukakan soalan;

“ Siapa tahu bilakah Nabi Muhammad dilahirkan?”
Kelas menjadi senyap seketika dan ternampak beberapa pelajar menundukkan kepala.

“Baiklah, soalan kedua,

bila perayaan menyambut Hari Kekasih diadakan?”

Penulis terkejut kerana masing-masing berebut mahu menjawab. Begitulah senario masa kini menunjukkan budaya asing lebih menerap dan jadi ingatan kepada anak-anak muda. Salah satu acara tahunan yang seolah-olah sudah membudaya dalam kalangan generasi muda ialah perayaan menyambut Hari Kekasih atau Valentine Day yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun.

Sambutan hari itu turut diraikan oleh generasi muda Islam yang tidak peduli mengenai asal-usulnya. Jadi, kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih ini agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh merencatkan iman.

Sejarah Hari Kekasih itu ada beberapa versi sumbernya dan di sini diceritakan semula agar kita dapat memahami secara jelas betapa terpesong kita jika turut sama meraikan hari berkenaan.

Mengikut sejarah, Valentine adalah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol. Dia adalah orang kedua selepas kedudukan Paderi Besar Pope.

Dikisahkan, Valentine adalah orang yang memainkan peranan besar semasa menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap tidak boleh dilupakan dan sewajarnya dihargai.

Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan yang diterajui Valentine itu pada setiap tahun.
Dengan demikian, sekali gus digunakan sebagai hari mengingati kejayaan Valentine dalam menumpaskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Manakala dalam cerita versi kedua pula dikisahkan bahawa paderi Valentine sebelum menumpaskan kerajaan Islam di Sepanyol dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam dan yang kedua beragama Kristian Protestan. Namun, disebabkan kekasih pertama itu beragama Islam dia dikatakan hanya menumpukan pada kekasih kedua saja.

Dewasa ini banyak sangat unsur budaya Barat yang diagung-agungkan malah menjadi amalan generasi muda.

Terdapat satu lagi versi yang menyatakan pada 14 Februari 270M, paderi Valentine dibunuh kerana penentangannya terhadap penguasa Rome pada waktu itu, Raja Claudius II (268-270M). Ekoran peristiwa pembunuhan Valentine itu, dia dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian. Sebagai memperingati Valentine, pada 14 Februari setiap pengikutnya yang beragama Kristian Katholik meraikannya sebagai ‘upacara keagamaan’.

Jadi berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Valentine itu jelas ia adalah satu tradisi dalam agama Kristian dan sememangnya sangat diraikan oleh penganut agama berkenaan.

Persoalannya, mengapa pula anak-anak muda Islam di Malaysia begitu beria-ia sangat untuk bersama menjayakannya? Inilah akibatnya apabila mengikut sesuatu budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji selok-belok sejarahnya.

Ingatlah akan pesan Rasulullah yang bermaksud; “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu.” Itulah peringatan Rasulullah kepada kita agar sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar iman tidak tergelincir daripada landasan sebenar.

Jadi, berdasarkan kedua-dua versi sejarah bermula perayaan Hari Kekasih maka jelaslah bahawa kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya bersama penganut agama lain meraikannya.

Islam memberi banyak jalan untuk kita merayakan atau meraikan sesuatu. Percayalah, seandainya generasi muda Islam terus hanyut dalam anutan budaya asing yang bertentangan dengan agama, dikhuatiri jiwa dan hati mereka berjaya ‘dijajah’ oleh musuh Islam yang sentiasa memasang perangkap dalam usaha mereka memporak-perandakan pegangan akidah umat Islam. Perkara paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam sejak awal sejarah Islam lagi ialah kemantapan akidah dan keutuhan tauhid ummah. Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar selagi itulah anasir luar cuba memesongkan hala tuju ummah akan kecundang.

Justeru, amatlah malang dan mengecewakan sekali apabila saban tahun bukan sedikit anak muda Islam terpengaruh dengan budaya dan gaya hidup yang jelas bertentangan dengan Islam.
Tentu sekali pihak musuh ketawa besar melihat begitu mudahnya golongan muda Islam dihanyutkan dengan amalan budaya asing.

Sebenarnya, beberapa fatwa berkenaan sambutan Hari Kekasih itu pernah dikeluarkan oleh Jawatan kuasa Fatwa Negeri Johor 2005 yang menyatakan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan itu jelas mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam.

Oleh itu, umat Islam dilarang membabitkan diri dalam meraikan hari berkenaan.

Terdapat satu lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang telah bersidang pada 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak telah menetapkan bahawa budaya merayakan Hari Kekasih itu tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang turut sama meraikannya.

Oleh itu, jelas kedua-dua fatwa berkenaan memberikan garis panduan kepada seluruh umat Islam di negara ini mengenai haramnya menyertai perayaan Hari Kekasih itu.

Kedua-dua fatwa yang dikeluarkan itu bukannya bersifat mengongkong golongan muda sebaliknya satu ketetapan agar mereka terpelihara dari penyelewengan akidah.

Ingatlah wahai generasi muda, syaitan dan musuh Islam sentiasa mengintai-intai ruang dan peluang pada setiap ketika agar dirimu kecundang dalam arus kehidupan yang melalaikan.

Berwaspadalah! Islam adalah agama yang suci bersih, jadi janganlah dikotorkan dan dihitamkan dengan pengamalan budaya yang memesongkan. Mengapakah perlu kita mencedok budaya asing yang bersifat negatif sedangkan kita sejak turun-temurun sudah tersedia pelbagai khazanah adat budaya yang penuh beradab. Kemajuan dan kemodenan tidak bermakna segala-gala yang terdapat di negara maju harus diikut kerana sebagai umat Islam kita seharusnya menolak amalan yang bertentangan dengan agama dan bersifat jahiliah moden. Insaf dan kembalilah hidup dalam kehidupan beragama yang sebenar.

Thursday, February 11, 2010

bosan ni...

boss dah balik & bercuti untuk Chinese New Year.....

kerja pun tak banyak.....

nak wat pe ye...

apa lagi..

bertenet le...

oleh kerana nak berchit chat pun geng tak ada, MM pun rasanya tengah masak kot, maklum hobi untuk MM bersoping dah dibekukan untuk bulan ini..(sbb itu hari MM soping dah terlebih bajet.....) hehehehe....

BB pulak tengah mengejar misi BKB38.....

Am tengah sebok dengan business barunya...

Cikli busy melayan client2nya...wahahahaha..

Yang lain2 entah mana gaknya....

JADI COMEI........

beberapa minit yang lalu comei pun pergi le kat kedai bawah untuk membeli makanan yg "berzat" untuk menghilangkan kebosanan...

nyum...nyum..nyum...sebok mengunyah....konon2 ni nak wat stok untuk hari ni & esok...ye ke???? boleh percaya ke?????wahahahaha... apa2 je la comei oi....janji happy....

Tuesday, February 9, 2010

peringatan untuk kaum wanita

artikal ni comei dapat dari member opis, baru je dia email tadi. Jadi comei hanya copy & paste dari email tu ye....Untuk peringatan kita bersama...

Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.

Karena menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakangdan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta..

*Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Monday, February 8, 2010

First Entry

Hujung minggu tadi comei agak terkurang rajin di dapur, tapi terima kasihla pada blog MM & beberapa blog lain yg comei baca sebab memberi idea untuk comei membuat meehoon putih ni..
Lagi pun agak lama juga comei tak buat meehoon putih ni....eh..ini first entry comei pasal masakan yg comei buat sendiri ye...wah bangganya comei...wahahahaha....

tu dia masih berasap lagi di dalam "kuali hikmah" comei...belum kering sangat lagi..ada kerot, kobis, ayam, fish ball....Rasanya sedap tak ye...comei tengok Khaira & ayahnya makan bertambah2..sedapla tu...wahahahahaha....
Masa comei ambik gambar ni..husband comei kata.."ayang wat pe tu, macam tu pun nak ambik gambar, nak wat pe tu" comei sengeh2 je.....
ni apa pulak ye...ooooo...boss comei bagi pagi tadi sempena Chinese New Year....Limau, ceri & stawberi...jap lagi comei bedal..hehehehe...

Friday, February 5, 2010

aktiviti hari ini

Masa lunch tadi comei keluar sebab ada urusan di bank...aduhai kat area bank tu pulak ada pasar tengahari....lebih kurang macam kat Jalan TAR pulak..

waaaaaaaa.......banyaknya tudung...murah-murah lak tu...rambang mata comei....rasa macam nak rembat je semua...

Oleh kerana sebok sangat memilih lupa lak nak ambik gambar...hehehehe...

Ini lah hasil yang dapat comei rembat...3 helai je...kalau nak ikutkan hati nak beli banyak lagi tapi memandangkan hari ni baru berapa haribulan ye...ehem...paham2 je la...

2 helai tudung ala-ala ekin...purple & biru..bolehla buat pergi kerja
ha...ni tudung syria..tudung fesyen ni tak berapa ramai lagi orang pakai....Itu hari tengok MM pakai cantik tu yang teringin sangat nak pakai gak...comei pakai tak tau la cantik ke tak..Waaaa.... MM comei pun dah gila tudung macam MM ni....ni dipanggil virus apa ya?? TOLONG...TOLONG...TOLONG...!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails