Friday, February 19, 2010

PERINGATAN DARI PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan
anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes
kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum
mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke
atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru
mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku
di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,
kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan
balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam
rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet
no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua,
setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara
anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat
kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone
anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini
memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri
di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya.
Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor
tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila
malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang, sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka
dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru
dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya
masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab
ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya
berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat pertahankan
diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri
dah lama tau taktik ni....). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru, kerana mungkin
penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

* terima kasih pada norie yg menghantar email kpd comei...rasanya elok comei letak je dlm blog ni untuk panduan bersama...

3 comments:

SAM73 said...

yg no. 17 tu IRP selalu amalkan...mulanya aku mcm tak setuju sbb takut klu berlaku kebakaran (Nauzubilah)mcm membahayakn plak klu bebudak tak sedar.

klu kt rumah bokde ni,selain memasing mmg pasang alarm kt rumah..kami membayar guard tambahan di perumahan kami yg lengkap dgn cctv & rondaan dilakukan setiap jam sampai ada kengkawan yg menyampah nk dtg rumah bokde sbb guardnya garang sgt! Hehe...kami mmg suka klu mereka garang.

SAM73 said...

anyway...thanks Mei... nice info. Agaknya IRP pun terbaca info yg sama la.. lepas ni mmg nk kena dgr nasihat my IRP.

comeisari said...

ye la skrg ni mcm2 taktik dia org buat...mintak dijauhkan dari kita..

susah sikit x pe nak kerumah kita tu...lagipun tetamu bukan tiap hari nak dtg rumah pun...

tapi takut lak kalau pak guard tu yg buat hal...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails