Monday, March 1, 2010

JALAN LAGI

Semalam kita orang merayau lagi...tapi sebelum tu maaf la ucu & aunty gee sebab birthday party danish & house warming pada hari jumaat tak update kat sini....

Tak sempat nak ambik gambarla..ye la majlis mula pukul 4 ptg comei datang pukul 6.30 petang..maklum hubby kerja balik lewat.

Lagi pun byk betul dibincangkan masa tu sampai tak terambil gambar walau sekeping pun...psttt..ni la gara2 siri bercakap dengan jin yg tak selesai2 lagi....

ye haaa...akhirnya pergi juga comei ke tempat ni...dah lebih 5 tahun tak pergi...last comei pergi beberapa tahun sebelum comei kahwin...kira je la comei kahwin dah 3 tahun...boleh katakan tiap2 minggu comei lalu tempat ni tapi tak berkesempatan untuk singgah....

aduhai nak dijadikan cerita..... masuk2 ikea je...khaira meragam..tak nak masuk stroller tu satu hal...menangis & mengamuk nak makan nasi lemak & ayam goreng...wahahahahaha....kat ikea ni ada org jual nasi lemak ke? comei bukan biasa tampat ni...tak sesat cari parking pun dah kita ok..pujuk2 pun tak jalan...ajak makan speggeti yg ada kat situ pun tak nak...nasib comei nampak kat sebelah tu ada mc donald...jadi pergila lintas jalan makan kat The Curve...


tengok berselera khaira makan...satu ketul untuk khaira satu lagi untuk mama....

patutla khaira meragam..tengok2 jam dah pukul 12.00 tengahari...apala mama ni nak shopping tak ingat perut khaira tengah berkeroncong...

habis makan kentang goreng & seketul ayam yg sedap tu makan lak ais krim...cedapnya mama.. khaira tak habis pun makan satu cawan ni...perut dah kenyang baru boleh senyum...kan mama..

lepas makan kita orang sambung balik bershopping..tengok dah sihat tolong ayah tolak stroller

penat betul mengejar khaira...tak reti diam..lompat sana lompat sini..

aduh...penatla...duduk kejap la...

kerusi hijau ni la yang dapat dibeli..nak beli meja dah tak sempat...tak sempat memilih sebab asyik menyejar khaira...Bila sampai kaunter lak merengek nak nenen...tapi bagus gak khaira meragam ni...kalau tak satu ikea comei borong...hahahahaha..
masa nak balik tu pulak cari2 kereta tak jumpa....bangla kat situ tolong cari, rupa2nya bila tengok tiket kita orang parking kat p2 & comei cari kat p1...tu la lain kali kalau excited sgt nak shopping pun tengokla parking tu kat mana..emmmmm....

5 comments:

khai said...

amboi, da berparti kat umah ucu pon mkn lagi kaira ni.. gemok nnti xtau..
haha

comeisari said...

khaira mana ada gemok...khaira cun la...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

pandainyaaa dah khaira ni nk demand2 ya Khaira...tak nk speghetti, nk nasi lemak.. mcm gak si Shashal smlm, aku nk buatkan donut..nangis2 tak mau, nak roti telur. Dulu zmn bokde kecik2.. apa yg emak bokde masak itu je la yg bokde mkn..

Anonymous said...

bnyk sgt makan kari kepala ikan tu yg lupa mana park keta tu...tu anak baru satu kalau 4 org...silap anak pun lupa letak kt mana... hehehehehehe.....lama tak mengepost comment...tu yg lanchang mulut tu

comeisari said...

ala anonymous....sbb anak seorang le jadi mcm tu...pengalaman x byk mcm korang yg anak dah 3-4 org...

aku ingat lagi masa dulu2 mama si khai..kalau gi mana2 dia kira anak dia cukup ke tak masuk dlm keta..maklum anak kecik2 5 org lak tu...betul tak khai...hahahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails