Thursday, April 8, 2010

CERITA SEMALAM

semalam comei tak kerja, macam biasa pergi hospital untuk hantar mak jumpa doktor.....
eh...silap semalam bukan jumpa doktor tapi hanya ambil darah & urine untuk ujian & minggu depan baru jumpa doktor...

aduhai keluar rumah dari BTP 6.15 pagi, hantar khaira dulu...

pukul 6.30 pagi dah masuk nkve nak ambik mak kat kelana jaya rumah adik.....

8.15 pagi baru sampai kelana jaya...pehhhh... biasanya paling lama pun 40 min dah sampai

sampai hospital lebih kurang 9.00 pagi...

itu ini begitu begini akhirnya dapatla no giliran...


mak ai.....dapat no 7248 tapi sekarang baru no 7148....ada 100 orang lagi tuh.....comei tak kesah sangatla nak tunggu tu, tapi mak bukan tahan lama duduk & orang ramai pulak tu...
TETAPI.....


oleh kerana mak comei menggunakan wheel chair maka selamat la comei dari menunggu lama...
biasanya warga emas saja yg diberi keutamaan (kalau tak silap umur dlm 70 thn ke atas) tak perlu ikut no giliran...tapi sekarang sesiapa yg menggunakan wheel chair dianggap OKU itu yg diberi keutamaan juga..kalau tak selama ni memang le mak comei kena tunggu lama sampai 3-4 jam....kesian sampai tak larat mak...harap2 minggu depan bila jumpa doktor dptla keutamaan juga...

jadi dalam 9.30 pagi dah selesaila urusan comei di hospital...tapi tak balik rumah pun sebab mak comei ajak pergi rumah kakak kat Shah Alam nak lunch kat sana katanya sambil tu nak tengok cucu2....biasala org tuakan....

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

anak solehah...

khai said...

comel nenek. nak ngorat boleh?

comeisari said...

sam- tanggugjawab bukan aku sorang je..ikut giliran atau sesiapa yg free

khai-nak ngurat boleh ke????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails