Tuesday, April 6, 2010

SRI MEDAN TIADA MESIN ATM

Ketiadaan mesin sukarkan 10,000 penduduk jalankan urus niaga harian SRI MEDAN

Ketiadaan cawangan bank mahupun mesin pengeluaran wang (ATM) di pekan ini sejak dulu, merumitkan lebih 10,000 penduduk di sini menjalankan urus niaga harian berikutan mereka perlu ke kawasan berhampiran sama ada di pekan Yong Peng atau Batu Pahat yang masing-masing terletak antara 15 hingga 20 kilometer dari sini. Penduduk di kawasan berkenaan yang mengandungi 11 kampung induk serta lebih 20 kampung rangkaian juga terpaksa menempuh perjalanan sejauh itu semata-mata untuk mengeluarkan wang untuk perbelanjaan harian mahupun jika kehabisan wang.

Mesin ATM berhampiran pula hanya di stesen minyak di pekan di Parit Yaani iaitu kira-kira 10 kilometer dari Sri Medan yang sudah tentu bukan saja menyukarkan golongan yang tidak mempunyai kenderaan, malah warga tua.

Apa yang menghairankan kawasan Sri Medan sebenarnya terkenal kerana berjaya melahirkan ramai pengusaha Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai perusahaan industri kecil dan sederhana selain kewujudan beberapa ladang sawit yang diusahakan sendiri penduduk yang mampu mendapatkan hasil lumayan. Namun, malangnya tiada pula perkhidmatan perbankan berminat mahu menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan di kawasan terbabit sedangkan kawasan berkenaan amat berpotensi besar untuk diteroka.

Peniaga, Masunu Buang, 49, berkata ketiadaan bank mahupun mesin ATM di pekan berkenaan amat dirasai disebabkan kerancakan pembangunan aktiviti ekonomi di kawasan sekitarnya. “Jika dilihat dengan mata kasar memang pekan ini kelihatan seperti pekan mati tetapi hakikatnya banyak perusahaan dan perniagaan yang diusahakan penduduk wujud di kampung sekitar kawasan ini daripada perusahaan makanan seperti kuih tradisional, kerepek, herba malah ada ladang ternakan lembu serta kambing yang diusahakan dengan berskala besar di sini.

Pembantu kedai, Imratul Saleha Kadis,18, berkata ketiadaan bank mahupun ATM menyukarkan golongan pekerja sepertinya untuk sama ada mengeluarkan wang gaji untuk perbelanjaan, membuat tabungan mahupun pelaburan. “Setiap kali mahu mengeluarkan gaji, saya terpaksa menumpang rakan mahupun menaiki teksi kerana saya tidak mempunyai pengangkutan untuk ke bank di bandar mahupun mesin ATM berhampiran, ” katanya.

Peniaga makanan, Suryati Kasri, 42, berkata ketiadaan cawangan bank dan mesin ATM di pekan berkenaan menyebabkan ada ketikanya beliau terpaksa meninggalkan perniagaan buat sementara waktu bagi menyelesaikan urusan di bank sebelum kembali ke kedai. “Saya ada kalanya terpaksa meninggalkan perniagaan kepada pekerja walaupun ketika waktu ramai pelanggan kerana perlu berurusan dengan bank untuk membayar ansuran pinjaman, memasukkan gaji pekerja dan sebagainya yang kadang-kala mengambil masa sehingga setengah hari, ” katanya.

kawasan Sri Medan sebenarnya terkenal kerana berjaya melahirkan ramai pengusaha Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai perusahaan industri kecil dan sederhana selain kewujudan beberapa ladang sawit yang diusahakan sendiri penduduk yang mampu mendapatkan hasil lumayan. Namun, malangnya tiada pula perkhidmatan perbankan berminat mahu menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan di kawasan terbabit sedangkan kawasan berkenaan amat berpotensi besar untuk diteroka.


INFO DIAMBIL DARI:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SriMedantiadaATM/Article

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Wah! Aku ingat ko yg buat artikel ni... dr paper ya? Blom baca paper aku arini..

comeisari said...

ala x kan la aku nak blk sri medan & interview dia org tu...

kalau ko rajin ko copy & paste le & letak kat fb group kita tu

& kredit tuk aku jugak tau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails